![]()  | 
| Imej hiasan | 
PETALING JAYA: Prestasi para 
pelajar sekolah asrama penuh 
(SBP) terus dipertikai selepas 
didakwa tidak mampu melahirkan pelajar cemerlang sehingga 
ia didominasi pelajar sekolah 
biasa, pedalaman dan luar 
bandar. 
Ini terbukti apabila senarai 
pelajar terbaik Sijil Pelajaran 
Malaysia (SPM) melalui satu laman web dalam talian menyaksikan kebanyakan pelajar cemerlang dari tahun 2000 hingga 
2010 adalah dari sekolah harian 
biasa, tetapi tiada satu pun daripada sekolah khusus itu. 
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan 
Guru Nasional (PIBGN), Prof. 
Madya Datuk Dr, Mohamad Ali 
Hasan berkata, trend yang jelas saban tahun itu menyaksikan 
timbul persoalan sama ada terdapat usaha memastikan mereka cemerlang. 
Justeru, katanya, Kementerian Pendidikan perlu memantau 
serta meneliti semula sebab-sebab utama kualiti dan pretasi 
pelajar sekolah asrama penuh 
dengan mengambil kira kebolehan guru untuk mengajar. 
"Kualiti pelajar-pelajar SBP 
semakin menurun perlu ka- 
jian terperinci dan tidak dibiarkan berleluasa. Apakah dan di 
manakah silapnya? 
"Kita umum mengetahui banyak telah dilaburkan dan langkah-langkah wajar dijalankan. 
Terdapat juga kemungkinan 
masalah ini berpunca daripada 
kualiti pelajar yang dimasukkan 
ke SBP. 
"Guru yang kurang dedikasi, 
kurangjumlahnya serta kurang 
berkemahiran juga perlu dirombak semula. 
“Masih menjadi persoalan 
sama ada usaha-usaha extra 
mile ada atau tidak dijalankan 
untuk memastikan pelajar-pelajar ini cemerlang," katanya ketika dihubungi, semalam. 
Mingguan Malaysia pada 7 
Mei lalu melaporkan, kualiti 
para pelajar SBP dan Maktab 
Rendah Sains Mara (MRSM) ketika ini dipertikai kerana didakwa tidak dinilai berdasarkan kebolehan akademik. 
Ini kerana mereka tidak diuji 
menerusi sistem peperiksaan 
utama yang boleh dipercayai 
seperti UPSR untuk ke tingkatan 
satu dan PT3 untuk ke tingkatan empat dengan kemasukan mereka ke sekolah khusus itu 
hanya bergantung sepenuhnya 
kepada ujian kemasukan malah, akhbar semalam turut 
melaporkan, seorang pengetua 
SBP yang enggan dikenali mengakui, guru-guru sekolah asrama penuh berdepan tugas sukar untuk mengekalkan rekod 
sekolah apabila pelajar itu tidak 
berkualti. 
Dakwanya, perkara itu bukan sahaja berlaku di sekolahnya, tetapi rakan pengetua di 
dua tiga sekolah yang lain juga 
mengeluh. 
Sementara itu, sekolah asrama penuh pada masa kini juga 
didakwa menyimpang daripada 
matlamat dan tujuan asal penubuhannya dalam membantu 
golongan yang kurang berkemampuan.

0 Comments