PUTRAJAYA: Kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh 
(SBP) dibuat berdasarkan penilaian secara holistik. 
Bercakap kepada Utusan 
Malaysia, Ketua Pengarah 
Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kelayakan 
setiap pelajar dinilai menerusi 
kaedah Penilaian Kemasukan 
Sekolah Khusus (PKSK) termasuk beberapa komponen 
penting yang lain. 
"Kemasukan pelajar ke SBP 
menggunakan kaedah PKSK, 
apabila mereka sudah melalui 
PKSK berdasarkan kelayakan 
mereka, itulah yang kita pilih 
masuk ke SBP serta melihat 
kepada komponen-komponen 
lain, pentaksiran berterusan 
dan aktifnya pelajar itu melalui 
penglibatan sukan. 
"Tetapi apabila mereka masuk, itu tanggungjawab SBP 
untuk meningkatkan lagi potensi mereka, yang penting pemilihan mereka sudah tepat," 
katanya di sini semalam. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kualiti 
pelajar SBP dan Maktab Rendah 
Sains Mara (MRSM) ketika ini 
yang dipertikai kerana didakwa 
tidak dinilai berdasarkan kebolehan akademik sebaliknya 
menerusi ujian kognitif dan kecerdasan minda sahaja. 
Kelmarin, Mingguan Malaysia melaporkan, Setiausaha 
Agung Kesatuan Perkhidmatan 
Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon mendakwa, perkara 
itu berdasarkan keluhan ra-kan-rakan guru di sekolah berasrama yang menyatakan bahawa kualiti kemasukan murid 
kurang berbanding dahulu. 
Beliau mendakwa, kebergantungan sepenuhnya kepada 
ujian kemasukan itu dilihat 
menyukarkan tahap pengukuran pengetahuan murid sehingga menyebabkan guru terpaksa 
berusaha lebih dalam melahirkan pelajar cemerlang.

0 Comments