Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.
Muat Turun: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 | PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
Muat Turun: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 | PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA
- Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
- Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
- Raja Perlis - DYMM Tuanku
- Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
- Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
- Sultan Selangor - DYMM Sultan
- Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
- Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
- Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
- Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
- Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
- Sultan Terengganu - DYMM Sultan
- Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
- Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
- Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
- Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
- Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
- Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka SeriSultan
- Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
- Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
- Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
- Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
- Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
- Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
- Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
- Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
- Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
- Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
- Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
- Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
- Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
- Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
- Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
- Raja/Tengku - Yang Mulia
- Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
- Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
- Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
- Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
- Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
- Hakim Besar - Yang Arif
- Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
- Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
- Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
- Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha
Bil
|
Kata Panggilan Hormat
|
Pihak Terbabit
|
1
|
Saudara/saudari
|
Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang dihormati
|
2
|
Tuan Haji / Puan Hajah
|
Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang telah menunaikan fardhu Haji
|
3
|
Yang dikasihi
|
Rakan-rakan
|
4
|
Yang dihormati
|
Ibu bapa , pengerusi majlis, YDP PIBG
|
5
|
Yang Berbahagia
|
Golongan kehormat yang ada gelaran seperti Tan Sri, Datuk dsb.
|
6
|
Yang Berusaha
|
Pengarah / Ketua jabatan / Pengetua / Guru Besar
|
7
|
Yang Arif
|
Digunakan untuk hakim
|
8
|
Yang Amat Arif
|
Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam situasi formal di mahkamah
|
9
|
Tuan , Encik
|
Digunakan untuk orang lelaki yang dihormati
|
10
|
Yang Berhormat
|
Panggilan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat
|
22 Comments
Jika Guru Besar, panggilan apa?
ReplyDeleteY.berbahagia
DeleteLihat pada situasi.. Sekiranya ada VIP lain yg dijemput utk merasmikan majlis.. G.besar jd yg berusaha.. Sbb itu adalah majlis sekolah
DeleteJika Guru Besar, panggilan apa?
ReplyDeleteYg berbahagia
ReplyDeleteYg berbahagia
ReplyDeleteOh ingat yang berusaha
ReplyDeletePengetua/ GB: yang berusaha
ReplyDeleteKlu ketua jabatan: yang berbahagia..
ReplyDeleteOh ingat yang berusaha
ReplyDeleteSila rujuk surat pekeliling am bil 4 tqhun 2014 berkaitan dengan penggunaan panggilan hormat dan kaedah penggunannya.
ReplyDeleteaskar xde ke?
ReplyDeleteKurang lengkap..tp satu perkongsian yg amat baik..negara kita byk protokol yg melibatkan panggilan hormat..setiap negeri ada kaedahnya..contoh pahang, penerima darjah tertentu dipanggil YH, Yang Hormat..bagi gelaran keluarga pula, hanya Raja, Tengku dan Syed sahaja yg diberi panggilan hormat..
ReplyDeleteKalau wanita bersuami dipanggil Puan,tetapi jika dah bercerai nak panggil apa ya?
ReplyDeletekalau ketua bomba?? YAS tu singkatan untuk apa ya??
ReplyDeleteYBrs singkatan apa ?, cth YBrs DCP ( Ketua Polis Daerah )
ReplyDeleteKalau gb walaupn dia yg rasmi mjls tetap guna yg berusaha....hanya ketua jbtn prgkt persekutuan dan dato ke ats shj yg guna yg brbhgia...klu puan dh bercerai tetap kene panggil puan.... Walaupn x kawen pn tetap kene pggl puan utk panggilan hormat..
ReplyDeletekalau setiausaha telah letak jawatan tapi nak buat surat rasmi kpd penghulu kampung..apakah nak letak nama..
ReplyDeletecth :
Yang benar
.........
Jemat ak Keli
Setiausaha
masih layak ke beliau menggunaka setiausaha lagi sebab dah letak jawatan
kalau dlm ucapan..nk guna pn hajah Siti atau hajah Siti shj atau puan Siti shj?atau ketiga2 boleh
ReplyDeletesalam, apakah kedudukan perasmi di dalam salutasi majlis sekolah, adakah kedudukan paling ats atau selepas pngetua?
ReplyDeleteJika pengetua Yg Berusaha bagaimana pula dgn penolong² kanan... Ada pencanggahan pendapat ada yg menyebut Yg Berusaha juga
ReplyDeleteBagi ketua jabatan keturunan raja, macam mana nak tulis nama di bawah tempat untuk tandatangan
ReplyDeletecontoh nya
---------------
(YM Raja Ismail @ kena letak Raja Ismail saja