KUCHING: Sarawak memerlukan lebih 3,000 guru bagi menampung jumlah guru yang bersara dan yang dipindahkan ke negeri lain.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata, usaha menangani masalah kekurangan guru di Sarawak telah dilakukan ke arah yang betul dengan pengambilan kira-kira 9,500 guru tambahan secara nasional pada November ini.
“Sarawak perlu diberikan keutamaan dalam penempatan guru.
“Sekiranya kita diberi separuh daripada jumlah tersebut, maka selesailah masalah kekurangan guru di negeri ini,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Beliau berkata demikian pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Hikmah Islamic Technology College dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Institut Kemahiran Darul Ridzuan di sini, pada Selasa.
Sehubungan itu, Dr Annuar berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu tegas berhubung penempatan guru termasuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mengendahkan garis panduan penempatan.
“Isu kekurangan guru di Sarawak bukan perkara baharu, malah ia sudah berlarutan sekian lama.
“Sarawak perlu diberi keutamaan dalam aspek penempatan guru-guru baharu dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru yang agak serius di negeri ini,” katanya.

0 Comments