KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSP) disiapkan pertengahan tahun depan untuk memastikan struktur gaji baharu penjawat awam dapat diumumkan dalam belanjawan akan datang.
Perdana Menteri turut berharap kajian itu segera disiapkan kerana adalah tidak munasabah untuk mengharapkan produktiviti penjawat awam terus meningkatkan namun kadar upah kekal rendah.
"Bila saya beri RM2,000 kepada penjawat awam, ia (sebelum itu) dianggap sesuatu yang tidak mungkin, hingga Ketua Setiausaha Negara (KSN), Menteri Kewangan (MOF) pun terkejut kerana usul tidak sampai sehingga ke situ.
"Tetapi saya memikirkan satu rangka yang lebih luas, kerana kajian persaraan itu tidak boleh dilakukan dalam tempoh 10 tahun, tidak boleh kajian biasa tetapi ia mestilah komprehensif, dengan semua jabatan yang ketinggalan atau kekurangan akses memberi pandangan dan ia dibincang hingga ke peringkat tertinggi.
"Ia mungkin memakan masa tetapi kajian itu perlu komprehensif kerana membabitkan reformasi penjawat awam dan kenaikan gaji. Jadi elok untuk kita berikan signal dan perhatian yang lebih baik.
"Tidak munasabah untuk mengharapkan prestasi yang meningkat tinggi tetapi kadar upah itu kurang. Kajian Jabatan Perangkaan sendiri menunjukkan produktiviti meningkat tetapi upah sangat sederhana dan tidak menggalakkan," katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober, di sini hari ini.
Dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Sebanyak RM1,000 pula diberikan kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) membabitkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata serta seluruh anggota beruniform, manakala bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
@cikgushare Dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
♬ original sound - Cikgu Share
0 Comments