![]() |
Imej hiasan |
PETALING JAYA: Kurikulum pendidikan yang dilihat masih berorientasikan peperiksaan menyebabkan pentaksiran bilik darjah (PBD) diperkenalkan kerajaan terdahulu tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Pensyarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Hasnah Toran berkata, kerajaan perlu meneliti semula kurikulum pendidikan negara secara holistik.
Kata beliau, kurikulum pendidikan dilihat terlalu tinggi sehingga menyebabkan guru-guru tidak dapat memberi fokus kepada perkara asas seperti kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.
"Sudah berdekad-dekad lamanya pendidikan kita berasaskan peperiksaan, jadi apabila kita buat perubahan memang akan menjadi terumbang-ambing sekejap sementara nak selesaikan masalah yang wujud.
"Nak selesaikan masalah tersebut dan tidak mahu pendidikan berorientasikan berorientasikan peperiksaan. Kita kena semaikan nilai cinta pada ilmu, nilai yang bukan belajar sebab nak lulus peperiksaan semata-mata dan nilai ingin tahu.
"Tetapi adakah kita melatih guru-guru untuk mendidik murid mempunyai nilai-nilai tersebut? Kita melatih tenaga pengajar ni untuk memberi fokus pada peperiksaan. Ini yang menyebabkan hilang arah," katanya ketika dihubungi akhbar itu.
Menurut Utusan Malaysia, pada 28 April 2021, Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya peperiksaan yang sudah sebati dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1988 dan menggantikan ia dengan PBD dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Walau bagaimanapun, ia didakwa menjadi punca murid-murid semakin lemah terutama dalam menguasai kemahiran 3M dan oleh itu Majlis Profesor Negara (MPN) menggesa kerajaan mengembalikan UPSR bagi memudahkan penilaian dibuat.
Utusan Malaysia turut membuat tinjauan pendapat Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan NUTP.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Ikram, Prof. Dr. Omar Yaakob turut berpendapat kurikulum pendidikan perlu dinilai semula dan PBD ditambah baik bagi memastikan keberkesanan- nya.
Katanya, UPSR tidak sepatutnya dikembalikan kerana ia merupakan langkah ke belakang kerana peperiksaan hanya akan memberi tekanan dan ia tidak bagus untuk perkembangan murid-murid secara keseluruhan.
"Apa sepatutnya dibuat adalah menambah baik proses PBD, gunakan maklumat-maklumat yang diperoleh untuk memastikan keberkesanannya bukan kita fokus kepada mewujudkan UPSR semula," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Seme- nanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, UPSR tidak menentukan sama ada pelajar mampu menguasai kemahiran 3M tetapi pemantauan dan pelaksanaan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap menggerakkan PBD.
"Jika boleh membuat diagnosis bagi mengetahui berapa murid yang tidak dapat menguasai 3M selepas tadika, jadi KPM boleh adakan program khas untuk kumpulan murid tersebut. Semua guru perlu lapor pada guru besar sebelum memberitahu kepada Pejabat Pendidikan Daerah supaya dapat melaksanakan beberapa perbincangan dan program.
"Apabila murid naik ke tahun tiga, kita kena pastikan 100 peratus daripada mereka sudah selesai menguasai 3M ini. Sekarang ni tidak ada dialog prestasi yang diadakan untuk murid- murid tahun satu," katanya.
"Jadikan Ujian Akhir Sesi Akademik untuk salah satu kaedah bagi masuk ke asrama, katakan pada keputusan pada tahun empat, lima dan enam ni semua diambil kira secara kumulatif supaya kita dapat pastikan murid tersebut konsisten. Sebelum masuk ke asrama kita, lakukan juga peperiksaan untuk kemasukan tetapi mengambil kira Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tersebut.
"Jadi ini akan kembalikan sedikit sahaja pendidikan yang mana jika murid-murid tidak belajar maka sukar untuk mereka masuk ke asrama dan ini juga menyelesaikan masalah tiada cabaran sehingga hilang minat untuk belajar," ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia
0 Comments