Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PMX jamin semua sekolah lengkap prasarana menjelang Oktober ini



PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa semua sekolah akan dilengkapi dengan prasarana asas menjelang akhir Oktober ini.

Menurutnya, menyediakan prasarana asas seperti bumbung dan tandas lengkap adalah lebih baik berbanding membina mercu tanda yang gah.

"Sebelum akhir bulan Oktober, semua sekolah di negara seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, kita jamin punyai prasarana asas dengan bumbung tandas dan sebagainya," katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Anwar berkata, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dilancarkan Jumaat ini bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.

Ujarnya, NIMP 2030 akan memberi tumpuan kepada anjakan serta membuka ruang lebih luas untuk negara.

"Tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor sahaja tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia sebagai negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital selain memberi manfaat kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu," jelasnya.

Katanya, dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini Malaysia kembali menjadi tumpuan syarikat gergasi dunia yang bersetuju menjadikan negara ini sebagai hab pelaburan penting.

"Bagi kita (pelaburan luar) sangat penting kalau ia dapat diteruskan," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments