Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Majlis Profesor Negara (MPN) mahu UPSR 1988 dikembalikan



PETALING JAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menggunakan format asal tahun 1988 harus dikembalikan semula bagi memudahkan penilaian dibuat terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis murid-murid sekolah rendah.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan yang dikemukakan itu tidak perlu melibatkan peperiksaan sebaliknya pengukuhan kepada aspek 3M.

"Kita harus memahami bahawa UPSR yang telah diwujudkan pada 1988 merupakan pendekatan yang disebut sebagai ujian pencapaian se- kolah rendah.

"Ia bukan peperiksaan, namun merupakan ujian bagi pencapaian yang bertujuan untuk mengetahui tahap keupayaan murid-murid kita dalam menguasai 3M yang juga matlamat asal UPSR diwujudkan pada 1988," katanya.

Jelas beliau, format peperiksaan UPSR yang telah diubah menjadikan sekolah-sekolah dilihat seperti bersaing sesama mereka melalui pencapaian keputusan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.

Tambahnya, ini jelas menunjukkan matlamat utama ketika UPSR mula diperkenalkan pada 1988, telah tidak diambil peduli pihak sekolah.

Keputusan pemansuhan UPSR pada 2021 adalah disebabkan guru terlebih memberi tumpuan kepada subjek UPSR dan murid berdepan dengan tekanan untuk membuat persediaan peperiksaan itu.

Pada April 2021, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin ketika itu berkata, walaupun UPSR dimansuhkan, tidak ada peperiksaan ganti bagi ujian murid darjah enam tersebut.

Pada Jun lalu, Kementerian Pendidikan juga mengulangi UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dimansuhkan tidak akan dikembalikan dalam masa terdekat.

Post a Comment

0 Comments