Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kualiti murid SBP, MRSM kini jadi persoalan

Imej hiasan


PETALING JAYÃ…: Kualiti para pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ketika ini dipertikai kerana didakwa tidak dinilai berdasarkan kebolehan akademik sebaliknya menerusi ujian kognitif dan kecerdasan minda sahaja. 

Ini kerana mereka tidak diuji menerusi sistem peperiksaan utama yang boleh dipercayai seperti Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) untuk ke tingkatan satu dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk ke tingkatan empat. 

Kemasukan untuk sekolah khusus itu kini hanya mengguna pakai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) manakala kemasukan ke MRSM pula melalui Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). 

Malah keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pelajar juga dilihat tidak tulen untuk mengukur prestasi akademik seseorang pelajar. Sebabnya, ia hanya dinilai di peringkat sekolah yang markah dan tahap pencapaiannya boleh diubah suai berdasarkan kehendak dan reputasi sekolah semata-mata. 

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon mendakwa, perkara itu berdasarkan keluhan rakan-rakan guru di sekolah berasrama yang menyatakan bahawa kualiti kemasukan murid kurang berbanding dahulu. Beliau mendakwa. kebergantungan sepenuhnya kepada ujian kemasukan itu dilihat menyukarkan tahap pengukuran pengetahuan murid sehingga menyebabkan guru terpaksa berusaha lebih dalam melahirkan pelajar cemerlang. 

"Sekarang ini 100 peratus kepada ujian kemasukan itu, iadi mereka akan buat betul-betul uiian itu sampat ada kelas tambahan. Tetapi, apabila lulus, mereka sebenarnya tidak berkualiti pun. 

"Di asrama penuh sekarang, memang ramai rakan guru yang bising tcntang kualiti murid, ada murid fokus ujjan kemasukan itu dan dapat, tetapi masuk asrama penuh, seksa guru," dakwanya ketika di- hubungi, semalam. 

Kerajaan sebelum ini memansuhkan sepenuhnya UPSR bermula 2021 dan memperkasa secara menyeluruh PBD dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). 

Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) mula diperkenalkan pada sesi persekolahan 2022/2023 bagi memperkukuhkan PBD bagi tahun 4 hingga tahun 6 untuk sekolah rendah, manakala tingkatan 1 hingga tingkatan 3 untuk sekolah menengah. 

Sebagai rekod, PKS mula diguna pakai sejak 2020 untuk kemasukan ke sekolah khusus, namun keputusan UASA dalam pentaksiran sumatif tidak dijadikan penilaian sama. 

Sekolah khusus merujuk kepada SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). 

Mengulas lanjut, Fouzi berpandangan, kemasukan yang diukur berasaskan ujian kcmasukan itu tidak menunjukkan konsistensi murid untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Justeru, katanya, keputusan UASA kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 untuk sekolah rendah sepatutnya diambil kira sama dalam menilai kemasukan murid ke sekolah berasrama. 

"UPSR diuji anak sekolah rendah dan permohonan ke asrama penuh, sekarang ini pentaksiran tahun 4, 5 dan 6 ada, maka ia boleh menunjukkan ketekalan mereka dalam pelajaran. Mengapa tidak dijadikan kaedah untuk kemasukan ke asrama penuh? 

"Kalau kementerian guna itu...mungkin dibahagikan peratusan tertentu. Jadi setiap tahun penjaga akan berjaga-jaga dan murid akan belajar, maka boleh nampak daya usaha semakin meningkat 

"Kalau tidak sekarang ini murid santai sahaja, anak-anak tidak ambil endah...Tahun 4, 5 pun masih lagi boleh main telefon pintar," uiarnya. 

Senada dengan beliau, seorang pengetua SBP yang enggan dikenali berkata, ujian PKSK lebih cenderung dalam menguji kesesuaian seseorang murid itu untuk tinggal di asrama dan bukannya berorientasikan akademik. Katanya, perkara itu dilihat akan memberi kesan dalam tempoh jangka masa panjang nanti kerana tahap murid itu tidak sama berbanding sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments