![]() |
Imej hiasan |
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang untuk mewujudkan semula jawatan guru sandaran bagi menangani isu kekurangan guru di seluruh negara.
Sebaliknya, mereka menawarkan pengambilan secara one-off yang mula dibuka pada bulan lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhilah Sidek, menyatakan bahawa sebanyak 26,000 permohonan telah diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), tetapi hanya ada 19,000 kekosongan untuk mengisi jawatan tersebut. Pengambilan dan penempatan guru dibuat secara one-off dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini memohon kepada KPM untuk menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menangani isu kekurangan guru di Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan kajian NUTP, faktor kekurangan guru antaranya adalah disebabkan oleh pertambahan sekolah baharu, bilangan murid dan kelas, serta persaraan awal dan kesihatan guru.
Fadhilah menjelaskan bahawa lebih daripada 8,000 guru baharu telah diambil pada pengambilan pertama pada Februari lalu.
Selain itu, KPM juga memberi peluang kepada siswazah universiti awam tanpa ikhtisas pendidikan untuk menjadi guru.
Data unjuran keperluan guru disemak sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan ia sentiasa dikemas kini berdasarkan keperluan sebenar di sekolah. KPM juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru (JPPG) bagi menangani isu kekurangan atau lebihan guru serta memastikan hekalan adalah mencukupi dan memenuhi keperluan sebenar guru di sekolah KPM.
Sumber: Utusan Malaysia.
0 Comments