SEPANG 19 Jun – Dua budak kampung antara tiga pemain remaja pertama negara yang mencipta sejarah dipanggil bermain untuk pasukan bawah 13 tahun kelab terkemuka Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dari 21 hingga 24 Jun ini.
Mereka dianggap mencipta sejarah baharu bola sepak untuk peringkat akar umbi negara kerana sebelum ini belum pernah mana-mana pemain seusia mereka menerima undangan sedemikian rupa sejak Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari diperkenalkan beberapa tahun lalu.
Tiga pemain berbakat yang berjaya memikat hati PSG itu adalah seorang anak peneroka di Felda Jengka, Pahang iaitu Rohisham Haiqal Hashim (penyerang), Hazriq Haqqim Mohd. Izham (penjaga gol) dari Bukit Cermin, Mentakab, Pahang dan Mohammad Haykal Danish Mohd. Haizon (penyerang/tengah) dari Meru, Klang, Selangor.
Ketiga-tiga mereka diraikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Perancis hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Dr. Maszlee dalam ucapannya berkata, pengiktirafan yang diterima tiga pemain muda berkenaan diharap akan menjadi perintis kepada usaha Malaysia untuk melonjakkan prestasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
“Harapan saya mereka akan membuka lembaran baharu kepada kejayaan yang lebih besar dalam menggabungkan bidang sukan dan pendidikan negara tanpa perlu memisahkannya.
“Kami akan cuba menjadikan pembangunan sukan selari dengan pembangunan pendidikan tanpa menjejaskan fungsi Kementerian Belia dan Sukan itu sendiri,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata, pencapaian tiga pemain terbabit membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai potensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.
“Menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat untuk membangunkan potensi ini secara bersama.
“Kepada pemain muda ini, saya berharap jangan hilang jati diri sebagai rakyat Malaysia apabila sudah diiktiraf di luar negara dan jaga maruah diri sebagai seorang Muslim di mana jua anda berada,” tegas Dr. Maszlee.
Mereka dianggap mencipta sejarah baharu bola sepak untuk peringkat akar umbi negara kerana sebelum ini belum pernah mana-mana pemain seusia mereka menerima undangan sedemikian rupa sejak Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari diperkenalkan beberapa tahun lalu.
Ketiga-tiga mereka diraikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Perancis hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Dr. Maszlee dalam ucapannya berkata, pengiktirafan yang diterima tiga pemain muda berkenaan diharap akan menjadi perintis kepada usaha Malaysia untuk melonjakkan prestasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
“Harapan saya mereka akan membuka lembaran baharu kepada kejayaan yang lebih besar dalam menggabungkan bidang sukan dan pendidikan negara tanpa perlu memisahkannya.
“Kami akan cuba menjadikan pembangunan sukan selari dengan pembangunan pendidikan tanpa menjejaskan fungsi Kementerian Belia dan Sukan itu sendiri,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata, pencapaian tiga pemain terbabit membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai potensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.
“Menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat untuk membangunkan potensi ini secara bersama.
“Kepada pemain muda ini, saya berharap jangan hilang jati diri sebagai rakyat Malaysia apabila sudah diiktiraf di luar negara dan jaga maruah diri sebagai seorang Muslim di mana jua anda berada,” tegas Dr. Maszlee.
loading...
Social Plugin