Hot Posts

6/recent/ticker-posts

77 peratus pelajar bimbang dibuli - Kajian

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 12 April – Kejadian buli dan tingkah laku ganas di sekolah didapati semakin serius apabila kira-kira 77 peratus pelajar di negara ini menyatakan kebimbangan menjadi mangsa perbuatan itu.

Menurut kajian terbaharu yang dijalankan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada November lalu, setiap tujuh daripada 10 pelajar di negara ini menyatakan kekhuatiran itu.

Timbalan Menteri Pendi­di­­kan, Datuk P. Kamalanathan berkata, sehubungan itu pihaknya komited melaksa­nakan pelbagai pro­g­­­ram dalam usaha me­­mupuk kese­daran semua pi­hak bagi menangani masalah bu­li dalam kalangan pelajar khu­susnya golongan remaja.

“Usaha tersebut termasuk melaksanakan program transformasi minda dan kerjasama dengan agensi swasta dari dalam dan luar negara,” kata­nya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Sifar Buli 2018 di sini hari ini.

Sebelum ini, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, Kamalanathan memberitahu, pada tahun lalu, sejumlah 2,795 kes melibatkan pelbagai jenis buli direkodkan.

Bagaimanapun katanya, angka itu menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 3,448 kes.

Kamalanathan berkata, kajian UNICEF itu turut melibatkan 13 lagi negara terma­suk Jepun dan United Kingdom (UK).

Katanya, Jepun dan UK masing-masing merekodkan tiga dan empat daripada 10 pelajar yang bimbang menjadi mang­sa buli.

Kamalanathan berkata, meskipun angka kes buli pada tahun lalu menunjukkan penurunan, namun kementeriannya tidak boleh mendabik dada mengatakan ia sudah berjaya diatasi.

Selain pengawasan guru dan ibu bapa, beliau juga yakin pemasangan kame­ra litar tertutup (CCTV) di sekolah hotspot yang mempunyai rekod masalah disiplin dapat membantu membanteras masalah buli.


loading...