GERIK: Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu memerintahkan seorang konstabel polis direman empat hari bagi membantu siasatan kes seorang guru sekolah rendah di Lenggong, cedera ketika cuba ditahan minggu lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nasrul Hadi Abdul Ghani selepas permohanan dikemukakan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun serta didenda, jika sabit kesalahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Gan Tian Kee mengesahkan anggota berumur 32 tahun itu menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2003.
Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan penahanan seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Lenggong, selepas seorang guru mendakwa patah tangan kiri ketika ditahan suspek dan seorang rakannya kira-kira jam 7.15 malam 30 Ogos lalu.
Tangkapan ke atas guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong itu menjadi viral di media sosial Facebook sejak semalam.
Guru lelaki itu yang juga bekas wartawan Sinar Harian Kota Bharu, Kelantan mendakwa patah tangan kiri akibat dipulas dua anggota polis berpakaian biasa yang cuba menangkapnya kerana salah faham.
Ketika kejadian, guru terbabit yang baru pulang daripada kelas tambahan untuk persediaan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melarikan diri apabila ternampak dua lelaki bertopi keledar kerana menyangka mereka penjahat.
Guru itu kemudiannya digari dan dibawa ke Balai Polis Lenggong. Ujian air kencing mendapati mangsa negatif dadah. Sementara itu, sumber berkata, guru terbabit kini berada di kampungnya, di Kelantan untuk menjalani rawatan tradisional bagi memulihkan tangannya yang patah.
Mangsa yang diberi cuti rehat tiga minggu turut mendapat khidmat kaunseling akibat trauma dengan kejadian itu.
“Setiap kali dengar bunyi ekzos motor, mangsa jadi takut kerana masih terbayangkan kes beliau ditangkap,” kata sumber itu kepada Bernama.

0 Comments