![]() |
GURU memohon maaf di atas laporan penulisan bergambar berhubung RMT di sekolah berkenaan yang didapati tidak tepat. |
Menerusi tulisannya itu, guru lelaki berkenaan berkata, dengan penuh insaf dan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak di atas laporan penulisan bergambar berhubung RMT di sekolah berkenaan.
"Justeru itu, saya memohon maaf secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas dan semua pihak.
"Selain itu, saya juga minta maaf kepada penendar kantin sekolah, pentadbir, guru dan kakitangan SK Chica Tinggi," katanya di sini, hari ini.
Katanya, dengan itu, dia menarik balik isu berkenaan daripada laman Web.
Sebelum ini, guru berkenaan menyiarkan gambar menu RMT dengan menulis 'sesudip nasi separuh sosej' yang menggambarkan menu RMT untuk murid miskin dan menyebabkan tiada sambutan murid untuk menikmati hidangan percuma itu.
Tindakan guru itu menyebabkan gambar berkenaan menjadi viral dan hampir keseluruhan mengutuk pihak sekolah dan kantin kerana tidak prihatin.
Harian Metro hari ini melaporkan, Pengarah JPN Datuk Ab Aziz Abdullah, menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan gambar yang disiarkan itu dirakam ketika proses penyediaan hidangan dan bukannya menu sebenar.
0 Comments