KUALA ROMPIN - Ibu bapa seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama (SMA), di sini, mendakwa kecewa dengan tindakan warden asrama yang memotong rambut anaknya tanpa alasan kukuh.
Tindakan warden terbabit menyebabkan pelajar yang berusia 14 tahun itu trauma selain tidak mahu pergi sekolah dan kerap kali menangis di rumah.
Ibu pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah berkata, anaknya sendiri memilih untuk memasuki SMA berkenaan dan dia serta suami tidak menghalang, sebaliknya memberikan sokongan.
"Anak saya telefon sambil menangis sebab tak nak rambutnya dipotong, kononnya ada kutu.
"Masalah kutu ni bukan daripada anak saya, tapi pelajar lain. Tapi dia yang dipaksa potong rambut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Rosnah berkata, selepas kejadian itu, anaknya tidak mahu lagi pergi ke sekolah kerana mengalami tekanan.
"Saya ambil dia bawa balik rumah, malah saya juga jumpa warden tu.
"Tapi, warden tu tak bagi penjelasan yang logik dan konkrit sebab dia ambil tindakan macam tu," katanya.
Menurutnya, anaknya memang suka berambut panjang, justeru tindakan warden memotongnya hingga paras leher secara paksa, menyebabkan anaknya tertekan.
“Saya tak ada masalah anak nak berambut pendek atau panjang tetapi kemahuan dia nak berambut panjang saya hormati. Jadi, tak sepatutnya warden ni potong rambut dia sampai macam tu sekali.
"Malah, pengetua ada mohon maaf ketika pertemuan kami, tapi sikap warden yang terus tidak mahu mengakui kesilapan sama sekali tak boleh diterima," katanya.
Dia berkata, susulan insiden Mac lalu itu, anaknya kini ditukarkan ke sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Difahamkan, Rosnah turut membuat laporan polis dan mahu merujuk isu berkenaan di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) namun sehingga kini tiada perkembangan mengenainya.
Sinar Harian

0 Comments