Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KPM lantik 18,792 guru baharu tahun lalu, tampung masalah kekurangan pendidik

Imej hiasan


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melantik 18,792 guru baharu sepanjang tahun lalu dalam usaha menangani kekurangan golongan pendidik di negara ini.

Dalam kenyataannya hari ini, kementerian itu memaklumkan seramai 9,155 guru daripada jumlah terbabit ditempatkan di sekolah rendah manakala 9,637 lagi di sekolah menengah.

"Lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara," katanya.

KPM berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah seluruh negara dapat diatasi.

Jelasnya, sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak amat signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.

"Ini termasuk pengambilan 6,315 orang graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan kontrak (COS) seperti diumum oleh SPP minggu lalu.

"Ia juga cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi," katanya.

Post a Comment

0 Comments