Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tiga calon SPM ditahan curi motosikal



PASIR PUTEH: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri serta meleraikan komponen motosikal jenis Honda Ex-5.

Ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superinten dan Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes curi motosikal bermula dari awal Disember 2023 hingga bulan ini dengan menyasarkan motosikal jenis Honda EX-5.

"Mereka menggunakan modus operandi dengan mencuri motosikal yang ditinggalkan di kawasan sawah padi sebelum melerai dan mengambil komponen motosikal untuk dijual.

"Penahanan mereka turut membawa kepada rampasan empat buah. rangka motosikal yang ditemukan di dalam anak sungai di Daerah Pasir Puteh," katanya.

Sumber Utusan

Post a Comment

0 Comments