![]() |
The Rt Revd Datuk Danald Jute |
KUCHING: Lembaga Pengurusan Sekolah Mubaligh Anglikan di Sarawak tidak pernah menghalang penganjur menggunakan dewan Sekolah Kebangsaan (SK) St Thomas Kuching sebagai venue penganjuran Majlis Khatam Al-Quran yang dijadual diadakan Februari depan.
Menjelaskan perkara itu, Presidennya The Rt Revd Datuk Danald Jute berkata pihak berkuasa sekolah berasa ‘kurang selesa’ untuk menganjurkan majlis tersebut memandangkan dewan terbuka sekolah SK St Thomas kurang kelengkapan dari segi fasiliti, tidak kondusif bagi tujuan itu.
“Pihak sekolah ada mencadangkan kepada jawatankuasa penganjur agar menggunakan Bilik Solat di sekolah itu sebagai venue alternatif.
“Setelah menerima tawaran ini, mereka kemudian menarik balik dan menolaknya kerana menurut mereka Bilik Solat itu terlalu kecil.
“Dengan tiadanya ruang yang kondusif di dalam sekolah dan didorong oleh tawaran bantuan daripada beberapa sumber, termasuk PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) sekolah, penganjur memutuskan untuk mengadakan majlis itu di hotel berhampiran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai menafikan dakwaan pihak berkuasa sekolah menolak penggunaan dewan sekolah SK St Thomas Kuching bagi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang dijadualkan diadakan pada Februari 2024.
Danald berkata beliau bersama pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah St Thomas telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) pada 10 Januari lalu, membincangkan perkara tersebut.
“Mesyuarat bersetuju, JPNS perlu mengeluarkan kenyataan awam untuk membantu meredakan keadaan memandangkan banyak dakwaan menghasut dan berniat jahat yang dilabelkan terhadap sekolah kami, Pihak Berkuasa Mubaligh serta pegawai kami,” tambahnya.
Beliau berkata sementara venue untuk majlis itu kini telah diselesaikan, mesyuarat itu mengakui keperluan untuk meredakan ‘kekecohan’ awam berkaitan isu itu.
Menurutnya ramai orang awam termasuk mereka yang berpangkat atau berkedudukan tinggi tanpa asas melabelkan sekolah berkenaan sebagai diskriminasi dan prejudis sehingga menyebabkan perbalahan dan perpecahan.
“Kami menafikan sepenuhnya tuduhan itu. Kami tahu siapa kami. Kami berdiri untuk perpaduan, keharmonian dan persefahaman.
“Menggambarkan kami sebagai rasis atau anti-Islam adalah suatu yang amat menyakitkan dan tidak benar sama sekali.
“Apa yang lebih mengecewakan dan membimbangkan ialah hakikatnya memo dalaman antara pegawai kami dan guru besar sekolah itu ‘bocor’ tanpa kebenaran.
"Ia dikongsi dan ditular sebelum guru besar berkesempatan membaca dan mengakuinya, oleh itu ia (memo berkenaan) tidak mempunyai tandatangan atau pengakuannya," ujar Danald.
Sehubungan itu ujarnya, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab itu dan lebih membimbangkan mereka yang terlibat adalah penjawat awam dalam Jabatan Pendidikan Negeri.
“Tindakan mereka ini (penjawat awam dalam Jabatan Pendidikan Negeri) ternyata melanggar Etika Penggunaan Media Sosial oleh Penjawat Awam- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993],” tegasnya.
Beliau berkata Lembaga Pengurusan Sekolah Anglikan di Sarawak untuk rekod, tidak mempunyai isu dengan aktiviti yang merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah.
“Selain itu, kami juga menyokong aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar dan guru beragama Islam seperti Ihya Ramadan, Sinar Syawal, Quran Hour, Cinta Kalam, Kem Bestari Solat, Bacaan Yasin, Majlis Iftar, Majlis Ramah Tamah dan Solat Hajat.
“Sebuah bilik juga dikhaskan sebagai Bilik Solat,” tambahnya.
Danald berkata seperti semua sekolah mubaligh lain, SK St Thomas amat berbangga dengan tradisinya yang telah lama wujud dalam memberikan yang terbaik bukan sahaja sebagai institusi akademik tetapi dalam menyumbang ke arah negara yang lebih baik, bersatu padu dan harmoni khususnya di Sarawak .
Persefahaman dan hormat menghormati antara satu sama lain adalah aturan kehidupan seharian dalam kalangan semua orang yang berbeza latar belakang etnik dan agama, tambahnya.
Katanya lagi, sekolah mubaligh di negeri ini berbangga memainkan peranan mereka dalam memupuk penerimaan, perpaduan, keharmonian di Sarawak.
“Untuk rekod, kami telah melakukan ini sejak 175 tahun lalu. Ternyata kami tidak berbelah bahagi dalam komitmen untuk meneruskan legasi pengasas dan nenek moyang kami ini,” katanya.
Danald menegaskan SK St Thomas adalah Sekolah Kebangsaan dan bukannya Sekolah Kerajaan.
"Sebagai sekolah mubaligh, kami mempunyai etos dan perwatakan kami sendiri. Pihak Berkuasa Mubaligh sebagai pemilik sekolah mempunyai hak penuh, di bawah Akta Pendidikan 1996 untuk mengurus dan memutuskan perkara yang boleh atau tidak boleh diadakan dalam premis dan kawasan sekolah.
“Lembaga Pengurusan Sekolah berhak menolak penggunaan premis sekolah untuk sebarang tujuan yang dianggap tidak serasi dengan etos, perwatakan, cita-cita, tradisi dan identiti penting sekolah,” tegasnya.

Sumber: Utusan Borneo Online
0 Comments