Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pastikan STEM jadi pilihan murid semula - Menteri Pendidikan


KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pihak berkepentingan sebagai usaha mengembalikan minat murid terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

Menterinya, Fadhlina Sidek menerusi catatan di Facebook berkata, hal itu dipersetujui menerusi perbincangan beliau dan kepimpinan KPM bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. 

"Bagi menangani isu kemerosotan jumlah murid yang berminat dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kita akan melaksanakan usaha-usaha serta kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk memastikan STEM kembali menjadi bidang pilihan murid," ujarnya. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru 2023 Mei lepas telah mengarahkan Menteri Pendidikan menubuhkan satu pasukan khas bagi mencari jalan untuk menyuntik minat murid sekolah terhadap STEM terutama dalam kalangan murid  di desa dan B40. - Bernama

Post a Comment

0 Comments