Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan (KPM) mengulangi keputusan tidak akan mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata KPM memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
"PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangun kan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan, oleh itu kita tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin, tahu jika KPM bercadang mengembalikan UPSR dan PT3.
Menjawab soalan asal Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah mengukuhkan pelaksanaan PBS dan PBD, Hui Ching berkata, hasil libat urus mengenai hala tuju PBS dan PBD akan dibincang dalam konvensyen dua hari bermula semalam.
0 Comments