KUANTAN - Seorang murid sekolah di Pekan tidak sedarkan diri selepas mengalami strok haba ketika menyertai satu acara larian pada Rabu.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, murid lelaki berusia 15 tahun itu dibawa ke Hospital Pekan selepas mengalami simptom suhu badan terlampau melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat selain percakapan dan fungsi otak terjejas.
Menurutnya, murid tersebut diberi rawatan hidrasi dan sokongan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
"Pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) HTAA dan keadaannya semakin stabil," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.
Dr Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar dalam cuaca panas.
"Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.
"Sentiasa awasi gejala keletihan dan strok haba dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas," katanya.

0 Comments