![]() |
Imej hiasan |
ALOR SETAR: Pelibatan Ibu
Bapa, Komuniti dan Pihak
Swasta (PIBKS) Kedah
menyarankan kelas tambahan khusus diadakan
untuk murid-murid yang
gagal menguasai kemahiran asas membaca, mengira dan menulis (3M).
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi PIBKS Kedah, Zainol Abidin Mohamad berkata, langkah intensif itu perlu kerana isu 'buta huruf' dalam kalangan murid memberi impak buruk dalam sistem pendidikan negara sekali gus memerlukan ia ditangani secara intensif dan segera.

Menurut beliau, pihak
sekolah khususnya dan
PIBG perlu mengesan murid-murid terlibat serta
memasukkan mereka ke
dalam kelas-kelas tambahan.
"Tidak boleh harapkan
kelas di sekolah. Kita minta ibu bapa beri
sokongan untuk menjayakan usaha ini. Kita perlu
lakukan sesuatu atau generasi kita akan jauh ketinggalan dalam pendidikan.
"Perkara ini sangat
serius kerana jika ketika
tahun satu dan dua mu-rid masih gagal menguasai 3M, apabila naik ke
tahun tiga mereka akan
hadapi masalah besar
ditambah silibus Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang sangat mencabar. Kita harap
Kementerian Pendidikan
ambil serius perkara ini,"
katanya semalam.
Kata Zainol Abidin, isu
buta huruf juga dikesan
di Kedah dan PIBKS juga
dalam perancangan me-
nguruskan perkara berkenaan.
"WaIaupun saya tiada
data tetapi ada guru-guru
beritahu sedemikian. Murid tahun satu dan dua
ketika pandemik Covid-19
pada 2020 mereka tidak
dapat menghadiri tadika
atau prasekolah," katanya.
0 Comments