Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelihara maruah, usah aib guru di media sosial

Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Majalah dan Risalah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Meeftah Anuar


Guru antara pékerjaan diletakkan pada kedudukan tinggi dalam Islam dengan peranannya bukan sekadar menganugerahkan ilmu duniawi, malah pengetahuan dikongsi berupaya menjadi penyelamat kepada murid di akhirat kelak. 

Begitulah hebatnya wibawa seorang pendidik komited mencurahkan keringat, memberikan terbaik terutama bagi memastikan anak didik mereka memperoleh kejayaan dalam apa sahaja perkara dilakukan.

Sempena Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun tanggungjawab kita sebagai murid atau bekas murid untuk menghormati kepada guru harus diteruskan dan digantikan sebagai tanda hormat serta menghargai jasa mereka sepanjang hayat. 

Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Majalah dan Risalah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Meeftah Anuar, berkata kepentingan memuliakan guru banyak disebut Rasulullah SAW. 

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah dalam kalangan umatku mereka tidak memuliakan orang lebih tua, tidak menyayangi anak kecil dan tidak memberikan hak kepada guru". (HR Ahmad)

"Melalui hadis ini kita dapat mengetahui bagaimana Rasulullah SAW mendidik sahabat supaya mereka memberikan hak dan penghormatan sewajarnya kepada golongan guru. 

"Sehingga apabila bertemu Rasulullah SAW, sahabat akan bercakap dalam nada rendah, bersopan santun selain tidak menajamkan pandangan kepada guru. "Umpamanya dalam reaksi secara bersemuka, antara adab wajar dipraktikkan adalah mengawal pertuturan dan mimik muka. Ini sebenarnya antara perkara cukup penting untuk mengelakkan salah faham atau gurauan tidak bertempat," katanya. 

Mengulas isu perbalahan membabitkan guru dengan pelajar atau ibu bapa di media sosial, Mohd Meeftah berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya dinormalisasikan. Ia bukan hanya mencetuskan situasi tidak sihat misalnya menghalalkan tindakan mengaibkan individu tertentu tanpa usul periksa, malah menjejaskan kredibiliti seseorang guru. 

"Tidak dinaifkan ada banyak kelebihan menggunakan media sosial, tetapi masih perlu menjaga adab. Contohnya, jika hendak menegur guru kerana berbeza pandangan, jangan sampai hilang hormat kepada mereka. Atau jika tidak puas hati terhadap situasi berlaku di sekolah membabitkan anak, lebih baik teguran dibuat secara peribadi. 

"Misalnya. boleh hantar mesej secara peribadi kepada guru berkenaan. berbanding menulis status secara terbuka mengkritik guru sehingga boleh dibaca semua pengguna media sosial. Maka apa yang penting mendidik anak supaya menghormati guru, sebaiknya ibu bapa mulakan dahulu," katanya yang turut menasihati supaya teguran dibuat secara beradab dengan bahasa lembut serta melulu. 

Tidak rugi muliakan guru

Tambahnya, teguran yang dilontarkan seseorang guru itu tentunya berniat baik dan sebagai ibu bapa. wajar berbaik sangka serta bersedia menerima secara ikhlas nasihat diberikan. 

"Perlu ingat. seorang guru itu jika beri teguran, tentunya dibuat untuk maslahah semua pelajarnya secara menyeluruh, Jangan lihat maslahah anak kila sahaja. jika ada teguran diberi. 

"Seperkara lagi perlu beringat, guru itu membawa keberkatan dan ashab rahmat Allah SWT turun sehingga anak kita menjadi orang bijaksana. Maka tidak rugi memuliakan guru." katanya, 

Tambahnya, selain soal keberkatan, antara perkara perlu diterapkan adalah adab dan akhlak kelika bersama guru. 

"Ada banyak adab dengan guru. bukan hanya ketika berkomunikasi, malah perkara kita anggap kecil seperti cara memberikan pandangan juga perlu dititikberatkan, 

"Selain itu. kerap mendoakan guru kita, ini antara cara memperoleh keberkatan. Antara perkara boleh dilakukan adalah mencurahkan khidmat kepada mereka. Bukan sahaja ketika berguru, tetapi jika jalinkan ukhuwah selagi guru masih hidup. Apabila mereka sudah tua atau tidak sihat tawarkan bantuan mengikut keperluan mereka. 

"Tidak salah memberikan hadiah misalnya apabila tiba Hari Guru, sebagai tanda kasih, berilah sesuatu sebagai tanda ingatan. Tidak semestinya hadiah dalam bentuk barangan. Mungkin kita murid boleh sediakan atau masak juadah menjadi kegemaran mereka,"katanya. 

Merungkai lanjut soal adab, beliau berkata, terdapat banyak adab ditunjukkan sahabat Rasulullah SAW boleh diteladani. 

"Sahabat jika ingin beriemu Nabi Muhammad SAW dan ke rumahnya, mereka akan ketuk pintu menggunakan kuku. Mereka tidak ketuk dengan tangan sebab bimbang mengganggu Rasulullah SAW. 

"Imam Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' menegaskan perkara sama iaitu meletakkan kcdudukan guru lebih mulia daripada ibu bapa. Walaupun ibu bapa adalah asbab kita wujud di muka bumi, tetapi peranan seorang pendidik itu lebih besar. Mereka adalah penyebab kepada orang, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat," katanya. 

Justeru, katanya, usah sesekali mengabaikan pengorbanan dan jasa insan bergelar guru, malah amat digalakkan untuk setiap murid atau bekas murid mendoakan kebahagiaan mereka serta memohon keampunan Allah SWT kepada mereka.

Post a Comment

0 Comments