Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Murid akan tertekan jika SPM 2023 diawalkan - Kongres



PETALlNG JAYA: Murid tingkatan lima tahun ini dikhuatiri boleh tertekan jika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercepatkan kepada bulan Januari. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malay- sia (Kongres), Jasni Md. Kechik berkata, tindakan itu bukan sahaja menambah beban kepada guru, tetapi juga memberi tekanan kepada murid. 

Lebih membimbangkan, katanya, murid juga tidak membuat persediaan mencukupi dan pelbagai perkara terutama dari aspek pentadbiran juga akan terbantut. 

"Kalau dicepatkan, jadual silibus kena padat, ulang kaji tidak dapat dibuat dan ujian lisan serta banyak perkara lagi kena buat awal. 

"Jadi tidak adil dan kasihan kepada murif. Jika tidak lulus, maka tidak dapat masuk alam pekerjaan. 

"Jika dianjak pada Januari, maka ada beza tiga bulan, jadi 12 ninggu sudah hilang dan ini sukarkan murid mempersiapkan diri mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.  

Semalam, akhbar ini melaporkan, SPM 2023 didakwa berkemungkinan besar dipercepat pada Januari, sebulan lebih awal berbanding SPM 2022 yang diadakan pada Februari lepas. 

Ia dipercayai membolehkan sesi permulaan persekolahan dapat dianjakkan secara berperingkat ke awal tahun seperti sebelum pandemik Covid-19. 

Sumber Utusan Malaysia mendakwa, ura-ura peperiksaan itu dipercepatkan sedang bertiup kencang dalam kalangan pendidik, namun belum ada pengesahan berhubung perkara itu.

Post a Comment

0 Comments