Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jangan 'paksa' anak tinggal di asrama

Imej hiasan


Kecemerlangan akademik tidak bergantung kepada jenis sekolah yang dihadiri sebaliknya berdasarkan kekuatan murid itu sendiri selain kerajinan, komitmen dan kesungguhannya dalam pengajian.

Apatah lagi sama ada menuntut di sekolah harian atau berasrama penuh, secara umumnya masih menggunakan sukatan pelajaran dan silibus yang sama.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan, berkata dalam konteks itu ibu bapa seharusnya tidak memaksa anak-anak mereka memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah berasrama yang lain jika si anak tidak berminat berbuat demikian.

Katanya, tindakan memaksa anak memasuki SBP misalnya hanya akan menjejaskan emosi mereka sekali gus membentuk pérwatakan luar jangka.

Malah katanya, dalam konteks semasa sangat banyak sekolah harian di negara ini yang mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Jadi, kalau tidak dapat tempat untuk belajar di SBP tidak perlu kecewa kerana sekolah harian mempunyai- kelebihan tersendiri.

"Satu yang pastit apabila belajar di sekolah harian murid itu masih tinggal dengan keluarga.

"Maksudnya mereka mempunyai banyak masa bersama ibu bapa dan adik beradik dan menikmati masa berkualiti dengan mereka.

Hal ini tentu jauh berbeza dengan murid di asrama yang perlu keluar rumah seawal 13 tahun dan menghabiskan mast lima tahun membesar dengar kawan sebaya," katanya.

Akrabkan hubungan keluarga

Katanya, kekal tinggal dengar, keluarga dalam tempoh yang lama membantu membolehkan banyak masa dihabiskan di rumah selain mempererat hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu bapa," katanya.

Justeru katanya, ibu bapa tidak perlu kecewa sekiranya anak mereka tidak minat belajar di asrama dengan memilih kekal di sekolah harian biasa yang dekal dengan kediaman mereka.

"Sekolah harian pun tak kurang hebatnya. Misalnya kita boleh perhatikan setiap kali keputusan SPM diumumkan, beberapa sekolah harian menunjukkan keputusan lebih baik daripada SBP atau MRSM.

"Sebagai contoh, di Pahang misalnya keputusan SPM 2021 menyaksikan tiga sekolah harian biasa tersenarai antara IC sekolah terbaik, manakala di Kedah pula Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Sultanah Asmat Alor Setar menjadi seko- lah terbaik SPM 2021 dan ia adalah sekolah harian," katanya.

Tegas Mohd Azizee, di Kelantan, Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Tarbiah Islamiah Kampung Kajang, Tanah Merah antara sekolah harian aliran agama yang mencapai kelulusan 100 peratus bagj semua pelajaran sekali gus muncul antara sekolah terbaik.

Katanya, Kementerian Pendidikan turut memperkenalkan sekolah kawalan bagf mewujudkan dan memantapkan kecergasan serta prestasi akademik pelqjar selain meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Ketika ini katanya, terdapat enam jenis sekolah kawalan termasuk Kelas Rancangan Khas (KRK) di sekolah harian dengan keutamaan adalah kepada pelajar BIO yang gemerlang namun tidak berjaya mendapatkan témpat SBP dan MRSM.

"Jadi jika anak belajar di sekolah harian jangan khuatir terutama jika sekolah yang dihadirinya itu dikategorikan sebagai KRK.

"Sistem pendidikan di negara ini sama saja jadi térpulang kepada murid itu sendiri sama ada dia mahu cemerlang atau tidak," katanya.

Yuran murah

Bagi seorang ibu Salmah Arshad, 49 dua anaknya diberi kebebasan sama ada mahu belajar di sekolah harian atau berasrama meskipun mendapati keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendall (UPSR).

"Saya tidak memaksa kerana tahu paksaan hanya akan menimbulkan konflik dan menjejaskan pelajaran mereka. Jadi, anak sulung saya memilih sekolah harian dan mampu memperoleh 10A dalam SPM " katanya. 

Begitu juga dengan anak keduanya yang turut memilih sekolah harian apabila memilih menyanbung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya dan ketika ini sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 

Katanya, kelebihan belajar di sekolah harian antaranya yuran lebih murah dan ia memberi kelegaan kepadanya dan suami dari sudut kewangan. Tambahnya. bagi golongan kurang berkemanpuan, walaupun anak mereka layak ke SBP atau MRSM. ibu hapa lebih suka menghantar anak mereka ke sekolah berhampiran dengan kediaman berikutan tidak mampu berbelanja tinggi semata-mata mahu menghantar anak ke sekolah elit berkenaan. 

Sementara itu setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia  (PGSM) Suriany Awaludin, berkata ibu bapa perlu memainkan peranan hala tuju pendidikan anak di peringkat menengah.

Katanya, terdapat banyak jenis sekolah asrama ditawarkan di Malaysia antaranya sekolah harian berasrama. 

"Sebenarnya kalau, memilih asrama banyak aktiviti pembelajaran boleh dilakukan berbanding murid di sekolah harian biasa. 

"'Tapi tinggal di asrama itu tidak hermaksud SBP atau MRSM kerana ada banyak sekolah harian yang menawarkan asrama.

"Namun rutin tinggal diasrama hampir sama kerana murid perlu menguruskan diri sendiri selain perlu menguruskan diri sendiri selain mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya. 

Bagaimanapun, kemasukan ke sekolah berasrama bukanlah syarat utama kecemerlangan seseorang murid. Bahkan bagi Suriany sendiri, beliau adalah menuntut di sekolah harian sehingga Tingkatan Tigå sebelum memilih tinggal di asrama dari Tingkatan Empat hingga Enam.

Post a Comment

0 Comments