KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta keprihatinan kerajaan untuk menyerap pembantu tadbir dan pembantu guru (Gred N17/N19) berstatus sambilan serta pekerja sambilan harian (PSH) di dua negeri, ke dalam perkhidmatan awam.
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata sebelum ini pihaknya mendapat rayuan daripada kumpulan berkenaan agar disambung perkhidmatan, berikutan tempoh perkhidmatan mereka ditamatkan semalam.
Katanya, pembantu tadbir dan pembantu guru sambilan di Melaka dan Kedah berharap dapat diserapkan ke dalam perjawatan tetap, seiring hasrat kerajaan untuk mewujudkan jawatan pembantu pengajar bagi mengurangkan beban guru.
"Tempoh perkhidmatan bagi jawatan pembantu tadbir dan pembantu guru secara sambilan di Melaka dan Kedah adalah mulai 2012 hingga kini (semalam).
"Semua pembantu tadbir dan pembantu guru itu sudah diberi pendedahan serta latihan berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mereka juga sudah diberi penerangan mengenai aplikasi dibangunkan Kementerian Pendidikan.
Antaranya, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS), e-Operasi, Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) dan Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
Di samping itu, katanya, mereka hanya menerima gaji harian RM54 yang dibayar berdasarkan bilangan hari bekerja dan tiada peruntukan cuti diberikan.
"Jumlah gaji sebulan mereka hanya sebanyak RM1,030," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau berharap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melihat keperluan berkenaan dan memberi sentuhan kemanusiaan terhadap kumpulan terbabit.

loading...
Social Plugin