Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bebanan tugas guru bukan faktor penyumbang masalah displin pelajar - Mahdzir

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Seba­nyak 442 pelajar di seluruh negara dibuang sekolah setakat ini kerana didapati terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kegiatan gengsterisme dikenal pasti sebagai masalah paling serius di sekolah, mengatasi gejala penyalahgunaan dadah, buli dan ponteng.

Menurut beliau, kementerian tidak memandang remeh terhadap isu tersebut malah sebaliknya, terus berusaha membendung masalah disiplin daripada menular dengan kerjasama serta komitmen antara guru dan masyarakat.

“Saya juga ingin tegaskan apa juga tindakan yang diambil kita akan cari kaedah supaya pelajar tidak sampai dibuang sekolah.

“Ini kerana, kaunseling sa­ngat diperlukan di peringkat awal untuk pujuk mereka ke sekolah,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) mengenai masalah disiplin pelajar semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) mengenai bebanan tugas guru, Mahdzir memberitahu, perkara itu tidak seharusnya dianggap sebagai antara faktor yang menyumbang kepada isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Utusan