![]() |
Gambar hiasan |
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, berdasarkan analisis, kos pengoperasian SKM yang mempunyai murid 150 dan ke bawah adalah tinggi iaitu RM67,130.65 per murid setahun berbanding hanya RM5,321.84 per murid setahun untuk sekolah biasa.
Beliau berkata, pihak kementerian masih perlu menghantar minimum tujuh hingga 11 guru ke SKM selain menampung kos-kos lain seperti tender pembersihan sekolah.
Beliau menjawab soalan Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang meminta kementerian menyatakan langkah jangka panjang dan pendek dalam pengurusan sekolah kurang murid di seluruh negara sekali gus mampu mengurangkan dan mengelakkan pembaziran perbelanjaan kerajaan. - Bernama
Social Plugin