![]() |
KEADAAN seorang kanak-kanak yang dirantai pada tong gas oleh bapanya di sebuah rumah di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang semalam. - UTUSAN/Media sosial |
Perbuatan bapa berusia 35 tahun itu terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan pemeriksaan di rumah tersebut setelah menerima maklumat awam kira-kira pukul 10 pagi semalam.
![]() |
KANAK-KANAK berusia 10 tahun mengalami kecederaan selepas didera oleh bapanya dengan diikat menggunakan rantai pada tong gas di kediamanya di Indera Mahkota. - Foto ihsan PDRM |
![]() |
Foto via PDRM |
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak berada dalam keadaan leher dirantai pada tong gas.
Katanya, polis memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak tersebut didapati tidak sedarkan diri.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu di Lokap Balai Polis Kuantan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Katanya, isteri suspek berusia 30 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Difahamkan, mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik bersekolah di sebuah sekolah di sini dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Sumber - UTUSAN ONLINE
Social Plugin