![]() |
Foto via nst.com.my |
Sistem itu bagi mengelak penjawat awam meminjam melebihi kemampuan gaji sehingga menyebabkan mereka berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan untuk menguruskan hutang pinjaman.
Timbalan Presidennya, Mutadho Bahri berkata sistem itu perlu dipusatkan bagi memudahkan institusi pinjaman yang membuat potongan gaji kepada penjawat awam
membuat semakan terlebih dahulu.
"Sekarang institusi pinjaman perlu merujuk antara satu sama lain tetapi apabila menggunakan sistem ini, mereka dapat mengetahui maklumat berhubung status pinjaman penjawat awam tersebut seperti rekod pinjaman di syarikat bukan kewangan serta yang berstatus muflis.
"Dari situ, baru kita boleh tentukan sama ada pinjaman diminta diluluskan atau tidak. Ini bagi mengelak mereka berdepan risiko muflis seperti yang dinyatakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Pada 30 April lalu, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda menyatakan lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman.
Mengulas lanjut, Mutadho berkata pihaknya menyambut baik saranan Cuepacs yang mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan sistem sepertimana dilaksanakan oleh Angkasa yang mempunyai rekod penjawat awam.
"Angkasa telah menggunakan sistem ini sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu dan memang diakui ia sangat praktikal. Kami juga mengambil inisiatif untuk berjumpa pihak Kementerian Kewangan bagi menerangkan mengenai sistem ini," katanya.
Terdahulu, Mutadho merasmikan Pusat Dialisis MyAngkasa Kedah yang menelan kos berjumlah RM1 juta yang terletak di Kuala Kedah bagi membantu memberi rawatan kepada ahli koperasi yang memerlukan rawatan dialisis.
"Ini merupakan cawangan kedua selepas Temerloh, Pahang dan kita bercadang mewujudkan pusat dialisis ini di setiap negeri. Pusat ini beroperasi dari 7 pagi hingga 4 petang dan mempunyai 12 mesin dialisis," katanya. - BERNAMA
Social Plugin