KANGAR 25 April – Kementerian Pendidikan tidak akan melindungi pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan jenayah seperti gengster, malah mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya serius dalam menangani sebarang bentuk kegiatan jenayah yang melibatkan pelajar sekolah.
“Biarlah polis mengendalikan kes berkenaan sehingga selesai mengikut undang-undang ditetapkan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah kali Ke-56 di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.
Beliau mengulas penahanan beberapa pelajar di sekitar Klang, dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 24 susulan video tular sekumpulan penunggang motosikal yang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah baru-baru ini.
Yang turut hadir Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail.
Mahdzir berkata, pihak jabatan dan sekolah juga tidak akan menerima sebarang rayuan jika seseorang pelajar itu terlibat dengan kes polis.
“Kita cuma akan membantu dari segi kaunseling dan sebagainya jika pelajar berkenaan dikesan mula terlibat dalam aktiviti jenayah,” katanya.
Beliau juga meminta semua pihak termasuk sekolah dan ibu bapa supaya saling membantu supaya sebarang pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah dapat diatasi lebih awal.
Katanya, kementerian juga yakin para pengetua sekolah tidak akan menyembunyikan sebarang kes jenayah melibatkan pelajar sekolah masing-masing.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya mendapati kes pelajar di negara ini yang terlibat dalam kegiatan gengster masih terkawal.
Sumber: Utusan Malaysia

Social Plugin