Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kantin jual makanan terlarang, KPM arah PPD & JPN pergiat pemantauan

Gambar hiasan
SEREMBAN 23 Feb. - Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha kantin yang menjual makanan tidak dibenarkan dalam kawasan sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, antaranya ialah makanan ringan dan minuman berkarbonat seperti yang terkandung dalam pekeliling kepada semua sekolah untuk dipatuhi oleh para pengusaha kantin.

Katanya, tindakan itu adalah sebahagian usaha bagi membendung masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.

“Saya harap para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan negeri juga akan melakukan lawatan berterusan atau berkala ke sekolah-sekolah bagi memantau situasi ini.

“Kena buat pengawasan demi kebaikan masa depan anak-anak kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Bicara Menteri Pendidikan bersama 238 peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL) di Institut Aminuddin Baki, Nilai dekat sini sebentar tadi.

Mahdzir memberitahu, kementeriannya juga berharap dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan negeri bagi memantau penjualan makanan tidak berkhasiat kepada pelajar di luar kawasan pagar sekolah.

“PBT kena tolong sekolah awasi masalah ini. Perlu ada kawalan tentang penjualan makanan di luar pagar sekolah,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments