Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif

Mahdzir Khalid dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri,
Datuk Ghazali Ibrahim (tiga dari kiri) beramah mesra
 dengan pelajar dalam Program Bakti Siswa USM
di Kampung Keda Pasir Putih, Tualak, Padang Terap, Kedah
semalam.
PADANG TERAP 14 Jan. – Sistem pendidikan sekolah agama di negara ini mempunyai sejarah panjang dan banyak memainkan peranan dalam pembangunan negara terutamanya menerusi penglibatan tokoh Islam yang dikenali di serata dunia.

Justeru tegas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak melabelkan sekolah agama dengan perkara-perkara negatif sekali gus hanya me­ngundang rasa tidak senang dalam kalangan umat Melayu dan Islam.

“Sejarah sekolah agama ini cukup panjang di mana sebelum merdeka, umat Melayu dan Islam 'membina' pendidikan asas di kampung-kampung menerusi cara tidak formal yang lebih dikenali sebagai sekolah pondok.

“Sekolah-sekolah pondok ini kemudiannya berevolusi sehingga ramai dalam kalangan pelajar mereka pergi ke negara-negara asing bagi menuntut ilmu sebelum pulang menjadi ulama besar untuk mendidik anak bangsa. Di­sebabkan itu, isu ini adalah perkara yang amat sensitif buat orang Melayu dan tidak seharusnya 'dikacau' dengan kenyataan-kenya­taan tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Bakti Siswa Pusat Pengajian Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Keda Pasir Putih, Tualak, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau kelmarin menggesa kerajaan mengkaji semula dasar sekolah agama dan mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini.


jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahukan masyarakat umum bahwa Mrs. Irene Fernandez, pemberi pinjaman pinjaman swasta terkemuka telah membuka peluang keuangan untuk semua membutuhkan bantuan keuangan. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi hutang-hutang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda? Apakah Anda pernah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Tidak terlihat lagi, karena kami berada di sini untuk semua masalah keuangan Anda. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk orang, perusahaan dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah dipahami, syarat dan Ketentuan.
    Tidak ada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.

    Email kami di: (irenegironfernandez@gmail.com) untuk menerapkan

    ReplyDelete