KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawanya ke Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Jaringan tercantik penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012.
Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah tersebut.
Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan “melanggar hukum fizik” ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.
Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Minat Faiz dalam bola sepak dipupuk seawal 8 tahun dan impiannya untuk mewakili negeri tercapai pada usia 18 tahun apabila terpilih mewakili Kedah selama 4 tahun pada saingan Piala Presiden.
Karier profesional selaku pemain bola sepaknya bermula pada 2010 setelah dipilih menyertai pasukan Perlis selama 2 tahun bagi posisi pemain tengah sebelum berhijrah ke Pantai Timur bagi pasukan T-Team pada 2012, dan Kelantan (2013-2014).
Setelah 6 tahun beraksi dalam Liga Malaysia, karier Faiz berada di kemuncak apabila menyertai pasukan Pulau Pinang sejak 2015 sehingga kini.
Beliau pernah dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada 2012, 2013 dan 2015.
“Jika mahu berjaya dalam hidup kita perlu teruskan usaha, perbaiki kelemahan dan sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan,” kata pemain yang dilahirkan di Ayer Hitam, Kedah pada 8 November 1987 itu.
Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, kedua-duanya di Ayer Hitam dan seterus ke sekolah teknikal di Arau, Perlis.
Faiz mempunyai 2 cahaya mata iaitu Akif Fayyadh, 5, dan Muhammad Aqil Zayyan, 8 bulan, hasil perkahwinan dengan Norzawanis Hashim, 29.
Sementara itu, rakan sekampungnya, Abu Bakar Zakaria, 37, tidak menyangka teman sepermainan sewaktu zaman remaja dulu kini menjadi perhatian dunia dek jaringan menakjubkan tersebut.
“Saya memang tak sangka, dia boleh lakukan gol sepakan percuma yang melencong ke arah berlawanan sebelum menerjah gawang.
“Hati saya kuat menyatakan gol Faiz berpotensi diangkat sebagai pemenang Anugerah Puskas kali ini,” katanya.
Berkongsi pandangan sama, rakan sepasukan, Mohamad Redzuan Suhaidi berkata jaringan Faiz menjadi motivasi buat dirinya serta pemain muda lain dalam skuad Harimau Kumbang untuk menempa nama seperti pemain itu.
“Fenomena yang melanda Faiz membuka mata semua pemain sesiapa saja boleh menyinar ke peringkat tertinggi dengan usaha berterusan,” katanya.
Beliau mengakui Faiz seorang yang rajin berusaha termasuk berlatih bersendirian selepas tamat waktu latihan.

Sumber: GPS Bestari
0 Comments