Hot Posts

6/recent/ticker-posts

4 Tips Penting Peranan Ibu Bapa Di Rumah Untuk Mantapkan KBAT anak-anak

Saya prihatin atas kebimbangan ibu bapa tentang isu pendidikan anak-anak, terutamanya yang baru melangkah ke alam persekolahan. Saya sendiri pun gusar. Unsur KBAT seolah-olah menghantui dan membebankan.

Well....sebenarnya tidak. Saya sudi berkongsikan tips bagaimana menjana pemikiran aras tinggi anak-anak kecil.

Bukan kerana saya guru, tapi kerana saya juga ibu bapa yang bertahun-tahun bergelut mengasuh dan mendidik anak-anak sendiri.

Dengan rendah hati, saya akui kesemua keenam-enam anak saya average atau sederhana akademiknya. Berbeza dengan anak-anak rakan guru lain yang hebat dan excellent. Alhamdulillah. 3 orang kini di menara gading dan yang lainnya di sekolah berasrama penuh. Mereka mampu berkomunikasi secara efektif, berani memberi pendapat, berani bersosial secara sihat, mampu menyelesaikan masalah domestik dengan kreatif, berani berucap di khalayak serta boleh menilai sesuatu perkara secara kritis.
Alhamdulillah. Tidaklah cemerlang tetapi releven dengan tuntutan pendidikan masa kini.

Jelas sekali, KBAT bukan faktor utama kecemerlangan akademik. KBAT ialah kemahiran berfikir yang hampir keseluruhannya dijana secara informal atau tidak langsung oleh ibu bapa dalam environment/ persekitaran semula jadi.

First of all, terima hakikat kebolehan dan potensi setiap anak unik dan berbeza. KBAT bukan hanya untuk murid pandai atau cemerlang akademik. Ia adalah kemahiran berfikir yang sangat mudah dijana secara santai dan authentic ( dalam kehidupan seharian).

Tips yang mungkin boleh membantu ibu bapa yang serius tentang pendidikan anak-anak.

1. Banyakkan bercakap atau berkomunikasi dengan anak-anak. 
Layan mereka bercakap. Tanya soalan. Tanya pendapat. Tanya apa mereka rasa. Guna 'kenapa' dan macam mana/ bagaimana. Otak mereka akan ligat berfikir untuk menjawap.

2. Bawa anak berjalan-jalan luaskan pengalaman. 
Jangan rasa terbeban membawa anak ke taman permainan, pasar malam, berkelah, kenduri kendara, gathering, ziarah kematian dan pengkebumian atau apa saja yang sesuai dan dalam kadar kemampuan. Pengalaman itu sangat berharga kerana itu akan menjadi aset 'prior knowledge ' atau pengetahuan sedia ada yang akan melonjakkan kemahiran berfikir dan komunikasi. First hand experience is crucial to children's thinking development.

3. Berikan cabaran yang bersesuaian. 
Kids love challenges. Ajar anak memasak yang mudah-mudah atau buat kuih. Belikan pets. Arahkan tugas. Jangan takut anak susah atau berpeluh atau sakit sedikit untuk buat sesuatu. Suruh anak-anak tolong kerja rumah, cuci bilik air, lap kipas, mop lantai, basuh kereta, khatam Quran cuti ni, jangan tinggal solat, solat awal waktu, jogging 2 round padang polo..... hihihi....whatever.

4. Pantau aktiviti anak- anak dan berikan pujian. 
Kalau mampu berikan ganjaran. Kawal penggunaan gajet dan handphone. Kawal akses wifi. Apa kaitan dengan KBAT? Anak yang obses dengan hp, computer game, media sosial atau apa saja bersifat elektronik akan terbantut kemahiran berfikir dan komunikasi. Mereka hidup di alam maya. That's not realistic. They need real people to talk to, real objects to hold and touch, real pain to make them cry.

Okay, it doesn't sound so hard right? Kesemua ini menjurus kepada membina kemahiran berfikir.

Selamat mencuba....

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments