CADANGAN menggantung persekolahan selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain perlu dikaji semula kerana tindakan tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah secara sepenuhnya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berpendapat, cara terbaik untuk mengatasi masalah buli ini ialah memberikan kaunseling khas kepada pelajar terbabit.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang dibuat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini, yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.
Mahdzir berkata, isu buli sudah semakin serius dan perlu dibendung segera, dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik.
Menurut Mei Fun, mengikut amalan biasa, pihak sekolah hanya akan membuang pelajar daripada meneruskan persekolahan setelah tiada pilihan lain.
"Adalah lebih baik sekiranya pihak sekolah dapat mengetahui punca sebenar pelajar terbabit dalam kegiatan buli dan mengatasinya dengan sebaik mungkin.
"Langkah ini bukan sahaja mampu membantu pelajar mengelakkan diri daripada terus melakukan perbuatan buli, malahan mereka boleh juga boleh melakukan aktiviti kokurikulum dalam kawasan sekolah," katanya kepada Sin Chew Jit Poh.
Katanya, kementeriannya tidak menggalakkan pelajar yang bersalah dihantar ke pusat pemulihan kerana hukuman seperti itu tidak membawa apa-apa makna sekiranya ia tidak mendatangkan kesan positif yang diinginkan.

0 Comments