Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru minum peluntur tertekan dengan Guru Besar

SHAH ALAM: Seramai 80 ibu-bapa dan wakil guru melakukan demonstrasi di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Highland, dekat sini menuntut agar pihak Kementerian Pendidikan melakukan siasatan terhadap guru besar sekolah itu, yang didakwa menyebabkan seorang guru wanita bertindak nekad membunuh diri Jumaat lepas.

Menurut Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, sebanyak 20 aduan telah dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebelum ini berkaitan sikap guru besar berkenaan yang didakwa berperwatakan gangster.

Dalam pada itu, wakil daripada Kementerian Pendidikan berjanji akan menyelesaikan perkara itu dalam masa 24 jam.

Jumaat lepas, seorang guru wanita bertindak nekad membunuh diri dengan meminum cecair peluntur, selepas mendapat tekanan daripda guru besar terbabit sejak enam bulan lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Kamalanathan menyatakan bahawa Guru Besar tersebut telah pun diletakkan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

2 Comments

  1. Ni hanya "tip of the iceberg"??...bullying of teachers is pretty wide spread.

    Salah satu sek cemerlang di Kajang, YDP PIBG terpaksa letak jawatan sebab tak larat salah guna kuasa GB, guna dana PIBG tanpa kelulusan PIBG.

    Menuduh YDP main isu perkauman!!

    Siasatan Jemmah Nazir, hanya bagi amaran kpd GB tu.

    Malangnya teachers tak berani march up to KPM sebab takut back-fire. So they suffer in silence.

    Weekends, resting time, family time pun kena jawab whatsapp...if tak jawab, terus dapat warning...."Kenapa tak hormat Ketua Jabatan".

    How can teachers perform (to be a good and effective teacher) if personal time is not respected?

    Think KPM ought to come out with CLEAR guidelines to ALL Head of School. Stop bullying the teachers so that they can teach and educate the next generation.



    ReplyDelete