Musim cuti sekolah tak bermakna kita terus meninggalkan buku kita. Kita boleh belajar sendiri di rumah. Tak kisah di mana kita belajar, yang penting adalah fokus. Bagi mengelak fikiran anda melayang atau berkhayal entah ke mana, cuba amalkan tips-tips dibawah ini:
Kebanyakkan pelajar sudah tahu kaedah pembelajaran kendiri atau belajar sendiri tetapi masih ramai lagi yang mengabaikan tips-tips yang mudah seperti diatas. Semoga tips-tips yang admin kongsikan ini memberi manfaat kepada pelajar untuk fokus ketika belajar sendiri.
- Cuba paksa jiwa dan raga dan fikiran anda untuk fokus belajar pada satu-satu subjek. Tumpukan sepenuh perhatian pada subjek yang sedang anda belajar/ulangkaji.
- Cari tempat yang selesa dan kurang gangguan seperti perpustakaan, bilik study, bilik tidur yang mempunyai kawasan belajar dan banyak lagi. Jangan tak percaya ada orang belajar atas pokok. Ikut keselesaan masing-masing.
- Sediakan kelengkapan belajar sebelum belajar/ulangkaji. Jika anda suka minum atau kunyah ketika belajar, sediakan bahan-bahan tersebut lebih awal. Begitu juga, alat-alat tulis, buku-buku, kertas dan sebagainya.
- Gunakan beberapa teknik pantas belajar seperti peta minda, peta buih, peta pokok dan pelbagai kaedah pantas belajar. Selain anda dapat faham dengan cepat, ia juga menjimatkan masa malah boleh belajar dengan fokus.
- Jadual belajar perlu disediakan enam bulan lebih awal sebelum hari peperiksaan. Ini bagi mengelakkan anda belajar tergesa-gesa atau last minute study ketika peperiksaan begitu hampir.
- Anda juga perlu membuat perancangan lebih rapi dengan membahagikan setiap topik dan juga sub topik pada satu-satu subjek. Perkara ini akan lebih mudah anda ingat untuk jangka masa yang lama.
- Selain itu, melatih diri untuk fokus pada satu perkara dalam satu masa. Jangan cuba belajar lebih dari satu subjek dalam masa yang sama. Habiskan dulu satu persatu kemudian beralih kepada subjek yang lain.
- Sekiranya anda mengulang kaji atau menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan, ia perlu dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik mata pelajaran atau kertas lain. Sebagai contoh, soalan peperiksaan matematik mempunyai dua kertas. Habiskan kertas satu dengan sempurna dahulu kemudian baru beralih kepada kertas dua.
- Setkan masa belajar. Sebagai contoh, setkan masa 60 minit untuk sub topik sains. Jadi, anda perlu kejar masa dan juga pemahaman sendiri dalam tempoh 60 minit untuk memahami sub topik tersebut.
- Switch off segala gajet atau bahan-bahan yang mengganggu study anda. Ini boleh membantu anda lebih fokus dan tidak diganggu ketika belajar.
Kebanyakkan pelajar sudah tahu kaedah pembelajaran kendiri atau belajar sendiri tetapi masih ramai lagi yang mengabaikan tips-tips yang mudah seperti diatas. Semoga tips-tips yang admin kongsikan ini memberi manfaat kepada pelajar untuk fokus ketika belajar sendiri.
0 Comments