Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tips Ketika Sahur & Berbuka Untuk Kurangkan Berat Badan

Apabila tiba sahaja bulan Ramdhan, maka ramailah antara kita yang berlumba-lumba untuk menurunkan berat badan. Tapi, adakah cara kita itu betul? Silap-silap haribulan, lepas raya, baju yang ditempah pula tidak muat untuk dipakai.

Ok, jom kita ikut tips-tips ketika bersahur dan berbuka, moga-moga tecapai impian untuk mendapatkan berat badan yang ideal

1. Jangan tinggal sahur

Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma. Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka ditinggalkan sunnah ini.

2. Makanan rendah kalori

Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk sahur dengan ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya)

3. Pengambilan nasi / bihun / mee

Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlahnya segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, bolehlah diambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.

4. Minuman manis

Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Minumlah air kosong banyak-banyak kerana sememangnya ianya kosong kalori.

5. Kuantiti makanan semasa berbuka

Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti.

6. Mulakan berbuka dengan kurma dan air manis seteguk sahaja

Susah nak buat benda ini tapi percayalah dalam masa seminggu kita dah boleh lihat kesan pada perut. Belajarlah untuk minum air kosong.

7. Lauk pauk jenis rebus / bakar

Pilih yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek semua boleh. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.

8. Sayur dan buah-buahan

Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan dtinggalkan sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi seimbang dan kita akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih.

Selamat mencuba!
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments