Beliau berkata program selama tiga hari dua malam itu akan dimulakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai ini.
"Saya berpendapat kerjasama ini adalah langkah tepat dalam usaha membina negara bansga yang mempunyai jati diri beridentiti Malaysia.
"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa di peringkat permulaan program kita mempunyai modul latihan tersendiri yang sesuai untuk guru untuk peringkat sekolah Kebangsaan atau sekoleh jenis kebangsaan jenis sekular," katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Nota Kerjasama "Program Guru Pembina Negara Bangsa" antara KPM dengan BTN, JPM yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman di Putrajaya di sini.
Tambah beliau kerjasama kedua-dua pihak berkenaan adalah langkah tepat yang dilaksanakan pada masa yang sesuai dalam usaha membina guru yang seimbang, harmonis daripada segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Dalam perkembangan sama, Mahdzir Khalid menambah, ia merupakan permulaan sahaja dan program jati diri itu akan dimulakan selepas sambutan Aidilfitri Julai ini.
Malah katanya lagi, pihak kementerian dan BTN mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan bagi melicinkan lagi perjalanan program itu.
"Ini kerana kita perlu meneliti dahulu proses pengajaran dan pembelajaran guru kepada pelajar dan sama ada guru-guru menguruskan peperiksaan ketika program pembinaan guru itu.
"Kita tidak mahu proses pengajaran dan pembelajaran guru terjejas," tegasnya lagi.
Sementara itu, Azalina berkata, latihan penjenamaan semula BTN itu adalah bertujuan menangkis segala persepsi bahawa BTN sebuah organisasi rasis di mata umum.
"Kita tidak mahu wujud persepsi kuat bahawa BTN adalah organisasi rasis, kkita komited untuk menidakkan tanggapan negatif itu.
"Kami telah memasukkan beberapa elemen untuk memastikan usaha murni dan jitu itu dilaksanakan antaranya penekanan terhadap negara Malaysia," katanya.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata pihaknya turut komited untuk menekankan tahap pemahaman guru khususnya ketika berkomunikasi ketika pengajaran kepada pelajar di sekolah.
"Ia akan membolehkan semangat patriotisme, jati diri, keharmonian terus diterjemah dan diterap kepada pelajar generasi muda.
"Kadang-kadang semangat patriotisme kita hanya sekadar ketika musim sambutan hari kemerdekaan sahaja pada bulan Ogos.
"Ia harus kekal berkobar sepanjang masa 365 hari setahun dan selamanya," ujarnya lagi.
- MalaysiaGazette
0 Comments