Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kes Tragis Rogol, Seorang Guru Luah Rasa Kecewa Dengan Segelintir Rakyat Malaysia

Kes rogol seorang gadis di Indonesia yang menggunakan batang cangkul mendapat liputan meluas media seluruh dunia. Memang sadis, tak sanggup rasanya nak membaca details yang telah dilaporkan.

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan berita tersebut sebagai bahan jenaka.

Seorang guru meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah laman Facebook popular tanah air, Amran Fans yang didakwanya memuatnaik status yang dirasakan tidak bertanggungjawab.

Ikuti luahan beliau:

Aku bukak page Amran Fans tengok dia ada buat rape joke. Hantar gambar cangkul dekat pompuan di WeChat. Ini contoh mentaliti dunia kelas ketiga. Make fun of everything. Kesannya bahaya memandangkan page Amran Fans digemari ramai pelajar sekolah.

JENAYAH ROGOL BUKAN JENAKA

Jenayah rogol bukan boleh dibuat jenaka. Serangan seksual ialah perkara serius. Menjadikan rogol sebagai jenaka hanya akan mengurangkan rasa simpati masyarakat kepada mangsa rogol. Aku tak terkejut bila lepas ni orang constantly victim blaming atau memberi reaksi "alahhh rogol jeeee. Bukan mati pun." Atau paling koman bagi reaksi "siapa suruh seksi. Kan dah kena rogol." Semuanya gara-gara tidak menjadikan jenayah rogol sebagai isu serius.

Aku tak suka perangai sombong perempuan tapi rogol bukanlah cara untuk justify balasan perbuatan sombong mereka. Be more than just a man. Kalau orang tak suka, be better, do better, and put more efforts. Penolakan bukanlah provokasi bila melibatkan cinta. Tiada satu pun alasan yang solid di dunia ini untuk membenarkan jenayah rogol.

PANDANGAN SEBAGAI GURU

Dan sebagai guru, aku mampu ajar remaja lelaki agar menghormati perempuan dan ajar remaja perempuan agar lebih terer membaca tipu daya lelaki. Tapi audience aku kecil saja. Sekadar beberapa ratus orang. Page yang beratus ribu likerzzz seperti Amran Fans sebagai anggota masyarakat yang patut buat community service meningkatkan kesedaran. Bukannya mengundur ke belakang dengan menjadikan wanita sebagai objek.

Apa pun, regarding kes cangkul di Indonesia tempoh hari, aku kesian jugak. Aku bukan jenis suka balas violence dengan violence tapi tengokkan berita tu, most part of me harap sangat penjenayah tu semua dapat ke tangan orang ramai.

Akhir kata, jagalah keluarga masing-masing. Ajarkan kepada anak-anak lelaki agar menjadi gentleman. Ajarkan kepada anak-anak perempuan agar berhemah dalam penolakan.

‪#‎RapeIsNoJoke‬

Zylo Ren

Tinjauan kami mendapati status berkenaan tiada lagi di laman Facebook tersebut. Tetapi digantikan dengan status yang kononnnya salah seorang admin laman berkenaan yang tidak bertanggungjawab telah dipecat akibat dari status berkenaan.


Post a Comment

0 Comments