Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru ini mengaku tidak layak diucapkan "Selamat Hari Guru" kepadanya...

Hari guru telah pun berlalu. Walaupun Hari Guru ini digazetkan sebagai sambutan disekolah, ianya juga meluas diraikan disemua institusi yang mempunyai pendidik. Kisah kali ini sedikit memberi pengajaran untuk semua anak murid, dari yang kecil hinggalah yang tua.

Jom ikutinya...

Satu-Satunya Orang Yang Ucap ‘Selamat Hari Guru’ Pada Cikgu Sekolah Memandu!

"Bang Zaini, selamat hari guru bang," kata aku kepada instruktor memandu aku."

"Kau seorang aje la rasanya dalam Malaysia ni yang ucap selamat hari guru dekat cikgu sekolah memandu," kata dia.

"Kau datang ni kenapa?" tanya dia.

"Dah berapa tahun dah kau tak datang sini?"

Aku sengih aje. Tak dapat aku jawab soalan tu.

Tak Layak Diucap Selamat Sebab Gagal Didik Murid…

"Macam mana pun la Man, abang faham la kenapa cikgu sekolah memandu ni tak layak diucap selamat," kata Abang Zaini.

"Kitorang gagal."

Aku pandang muka dia tapi tak ada respon aku mampu sebutkan.

"Ye lah, boleh kata seluruh Malaysia ni majoritinya anak murid kitorang. Daripada terhegeh-hegeh masuk clutch tak betul, mati enjin merata-rata, bila dah pandai, dah bawak kereta import...dibantainya bawak emergency lane, berhenti petak kuning. POTONG Q. Kau tengok la sendiri kereta-kereta mewah la yang masuk lane tu kalau jam! Semua tu anak murid kitorang jugak"

Abang Zaini merenung ke arah litar memandu sambil menyedut rokok.

"Kitorang sebagai cikgu sekolah memandu gagal sebab kau sendiri setuju kalau aku kata, bawak kereta kat Malaysia ni tak seronok. Ramai orang kurang hajar macam jalan tu bapak dia punya!"

Niat Belajar Memandu Dah Salah

Pesan mak aku, orang berumur kalau marah, biarkan. Aku biarkan sambil teguk air teh o ais.

"Sebab tu la pada aku, masyarakat tak pernah nak ucap selamat hari guru kat kitorang, sebab pada orang ramai, ilmu yang kitorang ajar tu orang kata asal cukup syarat. Niat belajar memandu tu dah salah." sekali lagi dia hembus asap rokok membuatkan aku sesak nafas.

"Kita sepatutnya belajar memandu supaya kita pandai memandu, pandai teknik, pandai etika. Orang kita belajar memandu supaya dia dapat lesen yang membolehkan dia memandu."

Tak sangka Abang Zaini pandai bermadah.

Deria Seorang Guru…

"So, kau datang ni kenapa tiba-tiba?" tanya Abang Zaini. "Orang kalau dah lama tak jumpa tiba-tiba datang, mesti kalau tak MLM, nak ajak aku masuk insurans.Takkan la kau datang sebab nak ucap selamat hari guru aje?" kata dia.

Oh Tuhan, hahahaha. Mungkin bila kita dah terima ilmu dari seseorang dan kita dah jadikan dia cikgu kita, dia ada dapat deria yang mampu tafsir diri kita lebih baik.

"Takde apa bang, saja," kata aku.

"Datang nak tengok sekolah belajar memandu macam mana sekarang."

Jumpa Lebih Dari Sekadar Nak Ucap Selamat Hari Guru… LOL!


Telefon aku berbunyi menyelamatkan aku. Aku jawab selepas memohon maaf. Panggilan memerlukan aku ke satu tempat lain.

"Bang, mintak diri dulu, ada hal," kata aku.

"Kau masih mengajar?" tanya dia. Aku angguk.

"Masih tempat sama?" Aku geleng dan aku hulurkan kad nama aku.

"Hahahahaha! Aku dah agak! Celaka kau berlakon dengan aku!" kata dia tergelak besar. "Buat takaful tak berani mengaku! Derhaka dengan cikgu ni!"

Kami gelak bersama-sama.

Sumber: Cursing Malay

Post a Comment

0 Comments