KUALA LUMPUR 19 Mei - Skim gaji guru berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan sarjana antara perkara yang perlu diperbaiki bagi menjadikan perkhidmatan perguruan lebih menarik dan menjanjikan pulangan setimpal.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, skim gaji sedia ada tidak memberikan motivasi kepada guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat tersebut.
“Golongan pendidik yang mempunyai kelulusan PhD dan sarjana sepatutnya menerima gaji yang lebih tinggi daripada pendidik berkelulusan ijazah sarjana muda,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.
Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan melakukan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan perguruan sedia ada agar ganjaran yang diterima setiap guru setimpal dengan sumbangan yang diberikan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bertujuan memartabatkan institusi perguruan di tahap yang sepatutnya memandangkan peranan guru sama dengan tanggungjawab para patriot yang berjuang mempertahankan negara.
Hashim berkata, perbincangan bersama kementerian berhubung perkara tersebut sudah diadakan, tetapi sehingga kini masih belum menemui kata sepakat. - UTUSAN ONLINE

1 Comments
Naik satu ke dua tangga gaji dah cukup bersyukur dah...
ReplyDelete