Hari guru baru sahaja berlalu. Pelbagai ragam dan celoteh, gaya guru yang pelbagai dapat dilihat di media-media sosial. Semua dengan satu tujuan, meraikan hari yang penuh bermakna untuk insan bergelar guru.
Namun begitu, tidak semua yang berpendapat sedemikian. Malah ada yang beranggapan, aktiviti hari guru yang penuh warna-warni ini satu idea yang kolot dan tidak sesuai dilakukan.
Kami menerima luahan daripada seorang guru. Beliau telah menghantar beberapa print skrin daripada laman Facebook seorang insan yang dianggap tinggi inteleknya. Maklumlah, mengajarnya di universiti, siapalah kita yang berada di sekolah.
Bagi beliau, tindakan tersebut mencerminkan guru-guru ini berfikiran terkebelakang, memalukan profesion perguruan itu sendiri.
Beberapa insan juga menyokong dengan kenyataan insan berkenaan. Dan tetap ada yang mempertahankan tindakan guru-guru berkenaan.
Tinjauan kami selepas itu ke laman Facebook insan berkenaan, namun sudah tiada lagi posting di atas. Tetapi digantikan pula dengan posting yang terbaru, dan masih berkisarkan mengenai sambutan hari guru.
Hari Guru merupakan hari istimewa untuk para guru. Tidak timbul isu merendahkan martabat seorang guru untuk menggayakan pelbagai fesyen dan gaya pada hari tersebut. Kebitaraan sesebuah sekolah, kemenjadian seorang murid tidak pernah diukur dengan apa yang terjadi pada hari guru.
Tanpa guru...tiada juga Pensyarah Phd.
10 Comments
Back to school only theme for cool people, it's not for everyone..
ReplyDeleteSupaya tiada rasa dengki mendengki maka eloklah diadakan juga Hari Pensyarah
ReplyDeleteSaya rasa la kan, ni cuma pendapat sy, jgn kecam pulak, cikgu sekolah rendah mmg kena turunkan level pemikiran dia ke tahap rendah sbb dia nak ajaq budak kecik, kalu pemikiran dia nak up ke level pensyarah Phd susah budak nak paham. Cuba pensyarah yg ada Phd pi bagi ceramah tajuk cakna bahasa, globalisasi, hukum fizik masa sejam kat budak sekolah rendah tgk, apa jadi, rasanya pensyarah tu pon x senang duduk nnt, nak gembira kan hati kita saja budak x terhibur amendanya, sekolah menengah level pemikiran dia dah lain, boleh berdikari dan mampu jugak belatih sendiri tanpa guide cikgu. Kita kena tgk kat mana kita duduk dan dgn sapa kita duduk baru blh bg komen, jgn kita dok di ataih menara kita dok komen org yg dok keja bawah tanah. Satu ari nnt kita perlu jgk khidmat org keja bwh tanah
ReplyDeleteTidak kisah la nak sambut hari apa,Hari Raya ka,Hari Guru ka dll,tapi bukanlah kita sambut perayaan berkenaan semahu-mahunya,ada limitasinya.Contohnya,kita sambut Hari Raya,oleh kerana kita berpuasa sebulan,maka Hari Raya kita makan dengan semahu-mahunya yg kita nak makan,ziarah sampai tidak pula solat dll.Begitu juga kita sambut Hari Guru,bukanlah maksud kita sebagai guru,nak sambut dengan bebasnya,semahunya.Boleh sahaja murid/pelajar yang raikan guru@kolaborasi dgn guru.Masyarakat luar yg tidak faham,memang sahaja kritik.Guru sekarang sudah graduan,mentaliti pun dah berubah..Selamat Hari Guru
ReplyDeleteSaya ni dua2 alam dah merasa. Pensyarah dah. Guru pun dah. Tapi memang ada semacam pelik sket dengan dua2 kerjaya ni sebab apa? Ramai pensyarah pandang rendah pada guru dan ramai guru juga pandang rendah pada pensyarah. Pelik x? Ni pengalaman saya sendiri.
ReplyDeleteSaya bermula sebagai pensyarah. Tetapi apakan daya. Dipanggil KPM untuk bekerja di sekolah kerana terikat dengan biasiswa selama 5 tahun. Boss saya pulak cakap, "Apa kelas jadi cikgu? Dah jadi pensyarah kekal jela." Tapi sy akur jugak dgn kehendak KPM. Pegi la jugak ke sekolah menengah di JB.
Kemudian.. you know what? Sampai saja di sekolah… Sy jadi bahan cikgu2 di sekolah baru tu.. Sindiran dari kata2 cikgu2 yg kononnya dah senior:
Sekolah ni cara ajar lain la. X macam kat universiti (okay ada kebenaran.. nak positive thinking nih). Budak2 besar ni lain dengan budak2 sekolah. Sebab tu jadi pensyarah ni bukannya tahu apa pun bila nak masuk ngajar kat sekolah. Ehhhh?
So, apa moral valuenya? Dua2 golongan manusia ni xkira la dari kalangan guru ataupun spesis pensyarah mcm DR di atas dan boss sy tu adalah contoh org yg saya x respect. Angkuh dan tidak ada perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sebenarnya x ada apa pun yg DR dan org2 mcm ni dapat buktikan kepada kita yang lain. Mereka ni cuma menunjukkan mentaliti mereka masih di takuk yg lama tak kira la education level apa sekali pun mereka pegang. N that's actually the most embarrassing part as the people claiming themselves to be part of the education system that could change the world.
siapapun kita, yang penting ialah hati....kalau hati bersih akan sentiasa berfikiran positif dan baik-baik belaka, tapi kalau hati tu rasa sendiri je yang baik, yang betul, susahlah nak bercampur gaul dgn orang....apapun bergantung pada hati.....
ReplyDeleteSemua dari hati. Kata2 yg lahir itu adalah dari hatinya... Walaupun semakin tinggi ilmunya, belum tentu semakin sempurna hatinya. Kadang2 manusia diuji dengan perasaan dia berasa lebih baik drpd orang lain.
ReplyDeleteOrg hati berpenyakit mmg byk sembang dari kerja...fikir diri lbh bagus dr org
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman mungkin pensyarah Phd ni ada anak2 yang bermasalah di sekolah, tu yang benci dengan cikgu2 tu. Kalau handal sangat berteori jemputlah turun mengajar di sekolah... nak ikutkan sangat level di universiti. tu pun kalau boleh lah. Hanya guru dedikasi boleh terus menerima cabaran di sekolah... kalau tidak tu yang mohon master ke phd ke nazir ke.... janji boleh lari dari tugas rencam di sekolah. Ini termasuklah jika dilihat guru2 yg sedang ambil master phd... ada sebilangan besar buku rekod hancur, datang lewat, balik cepat, kalau ada meeting atau bengkel macam cacing kepanasan nak balik, nak keluar....target nak ambil master phd..sebab itu dr yang bijak sana... belajar dari guru sekolah rendah dan menengah akan makna di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kalau dah sah ko tu pensyarah buatlah Hari Pensyarah... ni sibuk nak membetulkan sambutan Hari Guru buat apa?
ReplyDeletedia tu jeles ngan cikgu-cikgu sebab x dak hari pensyarah
ReplyDelete