Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Murid berdepan detik cemas, air naik ketika sesi pembelajaran

Foto NSTP


JOHOR BAHRU: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di Kempas di sini berdepan dengan detik mencemaskan selepas sekolah berkenaan dilanda banjir ketika sesi petang persekolahan dimulakan pada tengah hari ini.

Seorang ibu murid, Zainureeza Zainuddin, 39, berkata, dia menerima panggilan daripada guru sekolah yang memaklumkan bencana berkenaan selepas hampir sejam menghantar anaknya ke sekolah.

Menurutnya, ketika berjalan mengambil anaknya di sekolah, dia terpaksa meredah air banjir yang naik sehingga paras satu meter di laluan berhampiran sekolah.

Katanya, mujur laluan belakang masih selamat digunakan kerana air hanya naik sehingga paras buku lali.

“Kami bersyukur kerana anak mahupun rakan sekolahnya yang lain selamat.

“Kumpulan guru bertindak pantas memindahkan murid ke lokasi selamat di sekolah sebelum ibu bapa masing-masing membawa mereka pulang,” katanya.

Post a Comment

0 Comments