Hot Posts

6/recent/ticker-posts

3 ditahan disyaki larikan murid sekolah di Kepong


POLIS menahan tiga individu selepas disyaki melarikan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di hadapan sebuah sekolah menengah di Kepong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, turut ditahan susulan daripada kejadiaan itu adalah suspek yang merupakan seorang wanita. 

Jelasnya, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada pukul 10.36 pagi sebelum itu. 

“Wanita itu sebelumnya dimaklumkan oleh guru anaknya mengenai kejadian. 

“Siasatan awal mendapati pelajar Tingkatan Lima itu dilarikan oleh seorang lelaki dan seorang perempuan warga tempatan yang menggunakan sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Noor Ariffin menambah, mereka yang ditahan membabitkan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 22 dan 20 tahun serta seorang wanita berusia 20 tahun. 

“Kita turut merampas sebuah kereta Toyota warna putih dan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR. Semua suspek kini direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya lagi. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Yap Ching Chua di talian 019-9969649, selain Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.

Post a Comment

0 Comments