Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dakwa SPM takde value, netizen kecam Youtuber

Yousuaf Iqbal


Satu video klip pendek podcast yang menampilkan Youtuber Yousaf Iqbal menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Melalui klip tersebut, beliau berkata pengalaman beliau di sekolah selama ini tidak memiliki apa-apa nilai yang berguna. Yousaf memaklumkan juga bahawa ilmu yang ditimba di sekolah tidak dapat digunakan dalam dalam kehidupan seharian.

Beliau memaklumkan berasa malu ketika tidak dapat menjawab persoalan asas agama, kehidupan dan hukum-hukum dalam Islam.

"Memanglah dulu kita belajar (perkara) asas. Tapi bila dah datang kepada latihan, praktikal yang ilmu itu perlu digunakan, kau jammed. Malunya.

"Bila aku look back dengan apa yang aku experience di sekolah dulu, SPM ini pun tak ada value langsung guys. Sekolah...SPM ni pun..kosong.

"The real value is this ilmu Allah SWT dowh. Aku tak boleh explain. Jangan nak buat the same mistake yang aku dah buat.

Podcast tidak sesuai untuk orang tidak berilmu

Namun, kenyataan Yousaf ini telah menimbulkan reaksi negatif daripada netizen. Ramai yang berpendapat beliau tidak mempunyai asas untuk berkata sedemikian dan hanya ingin menarik perhatian netizen.

Rewan Ishak mengkritik beliau dengan mengatakan podcast lebih sesuai untuk orang yang memiliki ilmu pengetahuan.

"Podcast ini lebih sesuai untuk orang yang ada ilmu pengetahuan. Bila bersembang level tak lepas SPM ni, mudah untuk menampakkan kebangangan itu. Tapi lagi bangang bila orang pun suka share juga kebangagan itu demi views dan egagement."

Video tersebut turut dikecam oleh Chepboi:



Post a Comment

0 Comments