Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'Berita gembira untuk penjawat awam, pesara diumum tahun depan' - Fahmi

Fahmi ketika sidang media pada Forum 'Public Service Delivery System-Making It More Efficient and Effective' di Dewan Seri Baiduri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara pada Isnin. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun depan, yang antaranya berkaitan kenaikan gaji.

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan tidak memperincikan lanjut mengenai perkara tersebut.

"... Tetapi pada masa yang sama ada dua perkara penting bagi mereka yang masih berkhidmat. Pertama kita telah luluskan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif bagi pekerja di sektor swasta.

"Jadi, insya-ALLAH bermula 2024 pelaksanaan gaji progresif itu kita harap akan dapat menampakkan peningkatan pendapatan bagi pekerja di sektor swasta.

Post a Comment

0 Comments