Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sistem penilaian murid Tahun 6, Tingkatan 3 di Sarawak akan diperkenal pada 2025 - Menteri

Sagah bercakap pada sidang media selesai penggulungan bagi kementeriannya. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak mensasarkan untuk memperkenalkan sistem penilaian sendiri bagi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada tahun 2025.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata pada masa ini cadangan bagi sistem penilaian ini masih di dalam perbincangan.

“Kita sangat bersemangat untuk perkara ini dilaksanakan kerana cuba anda bayangkan selepas enam tahun belajar dari tahun satu hingga tahun enam, kita tidak tahu betapa bagusnya anak-anak.

“Jadi mesti ada penilaian,” katanya pada sidang media selesai sesi pengulunggan bagi kemeteriannya pada Persidangan DUN di sini hari ini.

Ujar Sagah lagi, kementeriannya gembira dengan maklum balas positif diterima daripada Menteri Pendidikan Malaysia mengenai cadangan ini.

Malah katanya cadangan ini turut menerima banyak sokongan daripada orang ramai malah di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu dalam penggulunggannya, Sagah berkata masih terlalu awal untuk menghuraikan mengenai cadangan ini yang mana masih di peringkat perbincangan.

Apa yang pasti kata Sagah, penilaian ini fokus kepada Program Dwi Bahasa (DLP) iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Penilaian ini kata Sagah penting kerana ia akan berfungsi sebagai satu cara untuk mengukur bekerkesanan DLP disamping inisiatif lain untuk meningkatkan pengambilan subjek STEM (Sains, Teknikal, Kejuruteraan dan Matematik)

Sagah juga berkata sistem penilaian yang dicadangkan ini tidak akan menyebabkan tekanan yang tidak wajar kepada semua pihak, pelajar, guru, pihak sekolah dan ibu bapa.

Sumber: Utusan Borneo Online

Post a Comment

0 Comments