Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Wartakan waktu bekerja guru - NUTP



Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin berkata, NUTP mahu pewartaan waktu bekerja harian bagi guru di negara ini melalui peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, ketika ini tiada pewartaan waktu bekerja harian bagi guru, sebaliknya yang ada O hanyalah 45 jam bekerja dalam tempoh seminggu.

"Tiada sebarang pekeliling ataupun peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 berhubung wak- tu bekerja harian bagi guru yang sepatutnya dimasukkan untuk rujukan mereka.

"Kita sudah lama membangkitkan perkara ini sehingga sekarang tiada dokumen waktu sebenar guru bekerja sebaliknya yang ada hanyalah jumlah jam bekerja seminggu.

"Itu yang guru terpaksa bekerja hingga malam dan ada yang perlu datang pada hari Sabtu, sekali gus menyebabkan mereka tertekan dengan bebanan tugas," katanya.

Post a Comment

0 Comments